Pages

Thursday, March 10, 2011

Perkongsian Utk Bakal Postgraduate

Dulu..terdetik dalam hati..macamana steps utk lanjutkan pelajaran?  Di waktu itu.. anak-anak masih kecil. Tahun 2004 kusambung Master secara part-time. Agak berat kerana sambil bekerja..belajar hari Sabtu & Ahad. Tapi kini.. Alhamdulillah Allah permudahkan kerana mendapat cuti belajar. Di ruang yang terhad ini ingin kukongsi persediaan yang kulakukan untuk berada dalam medan jihad menuntut ilmu terutama bagi seorang isteri dan ibu. Antara steps yg kulakukan :

1. Kongsi azam & cita-cita dengan pasangan hidup kerana sepanjang kita belajar, kita amat bergantung dengan dorongan dan pemahamannya. Minta izin dan doa suami agar Allah beri kekuatan dan kelapangan utk study. Malah suami perlu bersedia membantu isteri dalam pelbagai aspek..bukan hanya nasihat dan dorongan. Teringat semasa buat Master dulu diriku alah mengandung..suamiku terpaksa teman di luar bilik kuliah setiap kali ada kuliah. Malahan dalam pantang..kusibuk menulis tesis, suami akan ganti menjaga baby di tgh malam.Mungkin orang lain lebih lagi...ada kawanku pulak..suami dia siap tolong buat assignment lagi.

2. Mohon restu ibubapa. Ia amat penting... dalam kita tetapkan hati agar tujuan kita jelas dalam menuntut ilmu utk mencari mardhatillah ( keredhaan Allah ), kita perlu mohon restu ibubapa sejak mula..bukan setelah mendapat tawaran. Masih kuingat, sebelum kumohon tawaran biasiswa...kutanya pendapat abah. Dorongan dan kata-kata abah tersemat dalam hati. Semasa mendapat panggilan temuduga..abah masuk wad. Berat hati meninggalkan abah walaupun adik & suamiku menemani abah. Kusuarakan...abah, adik tak jadi pi interview..tapi abah bertegas agar kupergi juga. Yang paling sebak bila abah kata.. arwah ummi nak sangat tengok anak2 bersemangat belajar hingga ke tahap tinggi. Ia satu jihad. Balik dari interview di kl..perkara pertama yg disoal abah..macamana interview?. Bila dapat tawaran belajar.. abah kelihatan gembira sekali..terucap di mulut abah, arwah ummi tak sempat tengok... Dalam medan jihad ini..restu ibubapa tersemat kukuh di jiwa ini.

3. Survey bidang penyelidikan, supervisor dan universiti. Kita perlu fokus penyelidikan tesis kita dalam bidang yang kita ceburi..sebolehnya kalau peringkat Doktor Falsafah..harus ada kaitan dengan bidang dalam Master. Pastikan universiti pilihan dan kita approach Prof/Dr yg dapat menjadi supervisor kita sebelum kita register lagi. Setelah kita tetap hati dgn pilihan universiti..cuba kita berbincang dgn calon supervisor kita dari aspek fokus kajian kita agar kita tidak tersasar. Selepas itu baru kita register.

4. Bermulalah penerokaan yang maksima di perpustakaan dan web yang berkaitan dengan contoh tesis, format penulisan tesis, tesis-tesis, jurnal dan bahan-bahan yang berkaitan dengan bidang kajian kita. Kita sudah dapat menyenaraikan konstruk-konstruk dalam kajian kita. Pecahkan konstruk-konstruk kepada fail dan folder yg khusus. Setiap bahan yg kita perolehi..catat di kertas itu rujukannya, tarikh dan tempat kita dpt.

5. Persediaan bilik study di rumah khusus menjadi tempat yg privasi. Alhamdulillah, suamiku membeli meja & almari..menukar salah satu bilik tidur sebagai bilik study utkku. Lengkapkan dengan papan putih utk lakaran draf dll. Buat jadual perancangan bulanan & carta gantt dan lekatkan di luar pintu bilik tersebut. Setiap kali melalui bilik..mata kita akan selalu melihat jadual tersebut. Actually..banyak yang kutiru cara study adikku, Akram..dia cukup fokus dan bersemangat dalam study..banyak masa dia di dalam library rumah abah..dia renovate library tu,siap ada meja pusing & aircond lagi. Dia tampal perancangannya di papan putih. Jangan siapa ganggu dia bila dia dah masuk library. Tahniah Akram..entahlah kakak dapat disiplin sampai macam tu ke tak?

6. Kalau kita dalam cuti belajar..kita perlu membuat jadual harian. Pastikan kita disiplin dalam mempraktikkan jadual tersebut. Diriku agak sukar utk study di rumah pada siang hari kerana mempunyai anak kecil. Jadi, setelah berfikir..kucuba berbicang dengan Timbalan Pengarah tempatku bekerja agar mendapatkan satu ruang/ bilik utkku di sana. Alhamdulillah, permohonanku diterima. Jadi rutinku teratur..selepas anak-anak ke sekolah, dalam pkul 8 kujoging. Dalam pkul 9 kumula masuk 'pejabat' hingga tghari. Ambik anak di tadika..balik rumah. Ptg / malam study di bilik study di rumah sambil bimbing anak-anak buat kerja sekolah terutama Aufa yang akan ambil UPSR tahun ni.

7. Jika tempat pengajian jauh dan memerlukan travel sepertiku..kita perlu membuat budget dan perancangan yang teratur sewaktu di universiti. Contohnya dalam semester 1 pengajianku..kuperlu mengambil subjek wajib methodologi penyelidikan setiap minggu. Jadi setelah berbincang dgn suamiku..salah satu kereta kutinggalkan di kl. setiap minggu kutravel dgn bas dari perlis ke kl.
Semangat perlu kuat, tabah dan berdikari. Jangan jadikan alasan kita perempuan..kita tak mampu. Bila sudah berkahwin, kita lagi kena bersemangat...beri teladan buat anak-anak kita bahawa menuntut ilmu tiada noktahnya. Cari masa yang terluang untuk membaca. Handbag kita pun kena besar..x boleh beg yang cute sebab nak masukkan netbook, buku nota, artikel lagi..Buku nota tu...bila ada idea je..terus tulis..sebab nanti lupa pulak kalau tak tulis ye.

8. Perlu cari kawan yang sama- sama belajar. Ia penting kerana dalam proses pengajian..kita akan rasa sukar, kecewa, sedih, buntu...kita perlu berkongsi masalah dan cuba mendapat nasihat dan tips. Diriku rasa bertuah kerana teman karibku K.zi dan K.raihaniah juga mendapat tawaran yang sama dgnku walaupun lain universiti dan bidang, kami saling kuat menguat. Contohnya..kini diriku dalam fasa alahan yg teruk...kutumpang semangat teman karibku. Seorang lagi yang banyak membantuku adalah adikku sendiri..Akram. Dia dah hampir selesai PhDnya..banyak nasihat dan tips yang dia kongsikan denganku. Walaupun bidang kami berbeza..dia bidang syariah dan diriku bidang bahasa arab...banyak petua dan nasihat yang dikongsikan bersama. Suatu yang berbekas di hati ini tentang cerita adikku ..ada kawan arwah abah menyoal abah..kitab-kitab ustaz nak bagi kat sapa nanti..arwah abah kata kat 2 anak dia akram dan amani... rupanya Bidang waktu ijazah abah dulu ada dua..Syariah dan Bahasa Arab. Abah...akan kumanafaatkan...    

9. Perlu kuatkan ikatan hati dengan Allah Taala. Sentiasa Mohon keredhaan dan pertolonganNya.

10. Susun folder dalam komputer dan back-up file2 yang didownload dalam banyak tempat.Jgn harapkan satu komputer saja / potable hard disk aje. Ada yang cadang masukkan dalam web storage / email. Dan setiap bahan yang didownload harus dicatat alamat url dan tarikh utk mudahkan kita dalam penulisan bibliografi.

Banyak lagi tips dan petua yang dapat dikongsi.. hakikatnya kulakarkan di sini utk mengembalikan mood utk kumula kembali pengajianku setelah hampir 2 bulan berhenti kerana keuzuran kesihatan. Baru dua hari badan rasa sedikit sihat dan mampu mengadap komputer kembali. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit petua utk sesiapa yang berhajat utk melanjutkan pelajaran terutama para isteri dan bergelar ibu...

Saturday, February 26, 2011

Bingkisan Pertama Tahun 2011..

Lama tidak kubuka blog ini, bukan hanya blog tapi lama tidak kusentuh komputer..lama kuterbaring seperti arwah abah dulu..hampir dua bulan sejak awal tahun 2011..diriku hanya di atas katil...hari ke hari badanku makin susut..kulitku makin kering..mukaku makin cengkung...lesu dan lemah hingga tak mampu kumelangkah. Hari-hariku banyak di dalam bilik..jikalau keluar pun hanya untuk ke klinik. Sudah dua kali tanganku didrip agar tenagaku kembali pulih, kuberdegil tidak mahu masuk wad..rasa serik. Puas suamiku memujuk tapi kutetap enggan. Jadi suamiku menjadi nurse di rumah..memastikan air drip diganti.Tapi dari hari ke hari diriku makin lesu..makin lemah. Sudah dua bulan tidak kujamah nasi..hanya air yang mampu kuminum itupun terasa pahit..kupaksa juga makan buah dan roti tapi  hanya sedikit yang mampu kujamah..

Semalam kugagahi timbang badanku..penimbang itu telah lama tersimpan di bawah almari.. Ya Allah.. sudah 10 kg badanku susut. Adikku Akram datang menziarahi..terkejut..Ya Allah kakak..cengkungnya muka kakak. Alhamdulillah masih ada saudara yang datang menziarah..masih ada adik yang masih mengambil berat. Kalau dulu...setiap hari arwah Ummi dan abah akan menjengukku..tapi kini tiada lagi.

Kadang-kadang, semangatku rasa amat lemah...airmataku semakin murah...kuatkanlah diri ini...

 

Monday, December 6, 2010

Masakan kesukaan Arwah Abah...

Hari ini ringkas makan malam kami... daging goreng  cicah air asam, sayur lemak taugeh dan telur goreng dadar...kesemuanya lauk kegemaran abah. Tiap kali kumasak di dapur..kenangan bersama abah sering hadir. Kumasih ingat..abahlah yang mula mengajarku memasak (masak telur dadar) dan menjahit. Malah..arwah ummi pernah bercerita..waktu baru kahwin..abah yang mengajar Ummi memasak. Abah pandai memasak. Sejak kecil..kumasih ingat, ummi dan abah akan masak bersama, tapi lain-lain jenis lauk..abah satu jenis, dan ummi jenis yang lain. Ia suatu amalan yang istimewa dalam rumahtangga, ... sebenarnya setiap pasangan harus begitu. Berkongsi aktiviti bersama...walaupun ketika di dapur. Sukar kubuang kenangan ummi dan abah yang menjadi darah dagingku..sukar kucoretkan menjadi ayat cerita.

Kenangan bersama arwah abah makin terasa selepas pemergian arwah Ummi. Terutama dalam soal masakan.. kalau dulu arwah ummi yang masakkan untuk abah. Kini..ia menjadi tanggungjawabku. Suatu yang menjadi panduan buatku. Arwah ummi tidak pernah mengeluh.. kepenatan pulang dari mengajar, arwah ummi tetap akan masak untuk abah walaupun  ringkas masakannya. Seringkali juga arwah abah masak bersama. Walaupun lewat malam.. bila arwah abah pulang lewat dari program dan belum makan.. ummi akan bangun masak untuk abah tanpa rasa berat hati dan rasa terpaksa. Bagaimana kita...sebagai isteri, malah bagaimana suami di luar sana?. Sesekali, abah akan bawa kami sekeluarga makan di luar terutama di Kuala Perlis.

Abah paling suka masak lemak cili padi.. rebung dengan cendawan liat. Kadang-kadang rebung juga dibuat sayur air...dimasukkan belacan, cili & bayam. Kalau di Semadung (kebun arwah Abah & Ummi) , abah akan berselera makan . Masa arwah Ummi masih ada, mereka berdua banyak menghabiskan masa berdua di Semadung di waktu petang dan hujung minggu. Bila Ummi tiada, waktu abah mampu berjalan... anak-anak muridnya terutama kelas Khassah menjadi teman. Mereka menjadi sebahagian dari keluarga kami... bersama menjaga abah. Terima kasih..yang pasti..kalian istimewa di hati abah.

Banyak kenangan yang menjadi pedomanku mengharungi liku-liku kehidupan.. terutama panduan dalam rumahtangga. Apa yang dikata oleh arwah abah.. dipraktikkan dalam amalan seharian. Banyak yang ingin kukongsi bersama ...walaupun ia hanya cerita seorang anak. Hakikatnya, jika kenangan itu hanya di fikiran dan hati...tidak dilakarkan dalam tulisan...panduan dan pedoman itu hanya untuk seorang. Mungkin pengalaman bersama arwah abah berbeza-beza.. antara anak juga berbeza, cara didikan arwah abah pada anak perempuan berbeza dengan anak lelaki. Cara interaksi dengan anak didik, rakan, sahabat, mad'u ... juga berbeza. Kongsikanlah kenangan itu...

Saturday, December 4, 2010

Ummi..adik mencari jejakmu di U.Malaya

Hari ini kuhadir lagi di sini...Universiti Malaya untuk menghadapi peperiksaan bagi subjek Metodologi Penyelidikan. Tadi kutiba..masih gelap. Dalam keheningan pagi di sini... kucari tempat untuk study sementara menunggu masuk ke dewan peperiksaan.. Dan sekarang, matahari tegak di kepala....kepalaku ringan sebaik keluar dari dewan.

Sambil menunggu adik ipar datang, kuperhatikan sekeliling. 37 tahun lalu...di sinilah arwah ummi belajar. Waktu itu, abangku Akmal sudah berusia 3 tahun. Arwah Ummi sarat mengandungku. Arwah Ummi pernah bercerita, adik menemani ummi belajar di universiti Malaya waktu dalam kandungan..suatu hari nanti, moga Allah bagi peluang  adik belajar di sini. Kusahut dalam hati..Insya-Allah Ummi. Dan kini, kutunai janji itu..walaupun tanpa Ummi di sisi.

Kudapat bayangkan setiap pagi abah menghantar Ummi ke kuliah, dari kuaters LLN (rumah kami dulu).. kucari derap langkah ummi di sini.. kucari semangat jitu ummi. Tiap kali kuberada di sini..bumi U.Malaya, semangatku membara. Bila berjalan ke Perpustakaan...mungkinkah derap langkahku seiring langkah Ummi? 37 tahun dulu....semangat itu kembali semula...di sini..

Sunday, November 7, 2010

Abah..setiap ruang di rumah Abah penuh kenangan..

Sejak Selasa malam kami anak beranak menemani Mama N di rumah Arwah Abah..  sayu kulihat wajah Mama N. Tergambar ketabahannya mengharungi hari-hari tanpa Arwah Abah. Kujengah bilik abah yang dulu tempat kami berhimpun. Sunyi...kalau dulu di katil ini terbaring Abah bersama kucing Putih di hujung kaki Abah. Sekarang..kucing Putih masih di situ tapi di sisi Mama. Dia seperti mengetahui tuannya telah tiada...

Bilik itu banyak kenangannya.. banyak cerita, luahan dan perkongsian pengalaman Arwah Abah. Selepas pemergian Ummi, Arwah Abah banyak bercerita..kebanyakannya cerita di waktu muda, malahan cerita bagaimana mulanya Arwah Abah mengenali Arwah Ummi. Abah menyebut.. anak-anak pun tak tahu detail cerita dulu... Bila Abah bercerita, sesekali dia tersenyum, mungkin bahagia mengenangkan kisah lama.

Abah cerita Ummi orang yang kuat semangat belajar. Mula dengan SRP, SPM, STPM ..kesemua peperiksaaan utama Ummi ambil tanpa masuk kelas..semuanya belajar sendiri. Walaupun dia seorang perempuan..semangatnya tinggi menggunung. Tapi kutahu, di sebalik semangat Ummi, pendorongnya adalah Arwah Abah. Abah menyambung lagi..anak-anak pun kena bersemangat juga dalam belajar.. belajar sampai peringkat yang tertinggi. Kata-kata itu tersemat di dada. Kukuh! Kusahut harapan dan kata-kata abah... kini kuberada di medan ilmu yang penuh ranjau... bila diri rasa lemah...kata-kata Arwah Abah jadi pengubatnya. 

Friday, November 5, 2010

Rindu Adik pada Abah...

Lama sudah tidak kutitipkan sesuatu di blog ini...sejak Arwah Abah meninggal..Entah kenapa, kekuatan untuk berbicara hilang, keinginan untuk berkongsi membeku..mungkin kerana kesedihan yang tersangat..yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata. Setiap kenangan terutama kenangan bersama abah selepas kehilangan Arwah Ummi sering menjengah. Hari ini lama kutatap ruang 'new post' untuk blog Ummi Halimaton ini...masih adakah insan yang akan menzirahi blog ini? Kalau dulu ramai yang menziarahinya untuk mengetahui keadaan arwah abah. Betul ....kerinduan pada seseorang itu tidak dapat dibuang, tiapkali kerinduan itu datang..kita hadiahkan ayat-ayat Al-Quran, Fatihah dan doa untuknya. Setiap bicaranya..nasihatnya tersemat di hati, setiap panduan, syahsiahnya jadi ikutan. Kalau dulu..ku bahasakan diri 'Adik' pada arwah Ummi dan Abah. Tapi sekarang..perkataan 'Adik' hampir luput..hanya Mama pengganti diri. Mulai hari ini..ku azam dalam diri.. blog ini harus diteruskan... mencoretkan kenangan, ceritaku bersama Arwah abah dan ummi, walaupun tiada yang menziarahi blog ini ..sekurang-kurang berat dada menahan kesedihan dapat terungkai dalam coretan di sini... moga Allah memberi ruang dan kekuatan untuk itu. Moga coretan ini tiada noktahnya..Amin

Wednesday, August 25, 2010

Apa yang Allah taqdirkan adalah yang terbaik untuk kita

Kumerenung sendirian..setiap yang ditaqdirkan untuk kita, hakikatnya ada hikmah di sebaliknya. Satu contoh yang jelas. Waktu kudapat interview untuk biasiswa PhD di Putrajaya bulan 5, waktu itu abah dalam wad. Hatiku berat untuk meninggalkan abah. Tapi, abah kata..pergilah interview, memang Arwah Ummi mengharapkan anak-anak abah & arwah ummi terus berjihad di medan ilmu hingga kepada tahap tertinggi. Selepas interview, abah tanya perkembangan..apa yang disoal. Jelas kulihat, kegembiraan di wajah abah.
Kemudian, kuberjaya dapat tawaran belajar, hati masih berbelah bahagi nak terima ataupun tidak.. pernah kutanya abah.. abah kata, "pasal apa nak tolak pulak, dah dapat. Apa yang Allah taqdirkan tu adalah yang terbaik untuk kita". Kuberfikir juga... jika tak sambung belajar, setiap hari perlu ke pejabat dan bekerja. Tapi jika belajar..hanya 1 semester aje perlu attend kuliah..lepas tu banyak masa menulis..banyak masa dengan family dan jaga abah.
Tapi pakcikku berpandangan berbeza.. dia agak tidak setuju kuterima tawaran belajar tu. Tapi, kumasih berpegang kepada kata-kata abah. Dan, kutidak pernah membuat keputusan tanpa merujuk kepada suamiku dan abah. Terus-terang dalam hidup ini... banyak perkara besar dalam kehidupan ini yang kuambil selepas mendengar nasihat ibubapa dan suami.
Hikmah yang paling jelas, yang Allah taqdirkan kumenerima tawaran cuti melanjutkan pelajaran ...ada di depan mata. Dalam situasi abah sedang koma... dua anak abah, yang sulung dan adik bongsuku terpaksa kembali semula ke rumah masing-masing kerana cuti dah habis, terpaksa meneruskan kerja. Yang tinggal hanya anak-anak yang tidak terikat dengan kerja, diriku dan adikku...kami berdua dalam cuti belajar. Inilah hikmahnya yang abah sebut tempohari..."apa yang Allah taqdirkan tu adalah yang terbaik untuk kita.". Setiap hari berlalu... rutinku bangun dari tidur, sahur, bersiap ke hospital.. menunggu abah di hospital hingga petang dan kadang-kadang awal malam. Dalam pukul 6.30 - 7.00 petang Kutunggu adikku pula datang menjaga abah. Kubergilir dengan adikku ... dia ambil giliran malam sebab dia tidak ada anak kecil. Sambil menjaga abah, kuselang seli baca Al-Quran dan bahan-bahan studyku. Inilah hikmahnya.. jika kutidak dapat cuti belajar, pasti diri ini lagi berserabut.. dengan bebanan kerja dan prosuder cuti yang terhad. Malahan, cuti tahunanku juga telah habis semasa abah sakit dulu. Jadi... kata-kata abah tersemat erat di hati ini....."apa yang Allah taqdirkan adalah yang terbaik untuk kita.".

Abah sedang berjuang..

Hari ini, 17 hari abah di CCU. Tadi pukul 8.30, Akram adikku telefon, doktor pakar nak jumpa waris. Ya Allah..waktu itu berdegup kencang jantungku..apa yang berlaku pada abah?. Anakku yang kecil, Audad atas ribaku...semalam dia demam kuat. Kukuatkan hati, menyerahkan Audad pada suamiku..segera kubersiap untuk ke hospital. Bila kusampai, Akram beritahu dia dah jumpa doktor Pakar..terangkan keadaan yang terkini tentang abah... ringkasan kata doktor, abah masih dalam koma..walaupun kadang-kadang, dia macam respon dengan suara terutama suara anak-anak dan isteri, tapi tidak konsisten. Jantung abah pula masih disupport dengan ubat. Kemudian, abah ada jangkitan kuman...dah tukar antibiotik kepada yang lebih kuat. Pernafasan masih dengan bantuan mesin. Setelah Akram memberitahu keadaan abah, kubisikkan dalam hati.. setiap detik, setiap masa..aku perlu makin tabah dan kuat semangat. Terngiang di telinga kata-kata seorang teman rapat abah dari KL semalam yang datang menziarahi abah.. ramai orang yang berjuang untuk Islam diuji dengan sakit kuat. Kita lihat sebagai ujian Allah, sebenarnya ia pilihan Allah kerana Allah kasih.., kesakitan itu kafarah , pembersih dosa-dosa. Orang yang dikasihi Allah ini.. dalam hidupnya sering berhadapan dengan sakit, bila sembuh.. dia bangun berjuang kembali, seolah Allah membersih dosa-dosa terdahulu. Kata teman abah lagi, kalaupun  ia suatu penamat...Allah bersihkan  dosa-dosanya sebelum kembali padaNya. Ya Allah..kata-kata teman abah cukup berbekas di hatiku. Memang dalam hidup abah, abah sering berhadapan dengan sakit kuat..ada ketika hingga langsung tidak boleh bergerak. Ada ketika, hanya kalimah Allah yang keluar dari mulut abah.. tapi kali ini..abah terbaring dan koma. Kata-kata teman abah itu mampu memujukku dalam diam.

Sunday, August 15, 2010

Hari ke 7 Abah di CCU

Hari ini hari ke 7 abah di CCU, Kangar. Pagi ini selepas bersahur bersama suami dan anak-anak, kubergegas mandi dan bersiap untuk menggantikan adikku menjaga abah di luar wad CCU. Ya Allah! Berilah pengharapan baru kepada kami. Kasihan kulihat Aunty Nali semalam..nampak keletihan di wajahnya. Bila kunasihat, "Aunty tidurlah di rumah, lepas subuh esok datang semula.". Tapi Aunty nampak cukup bersedia dan ikhlas dalam menjaga Abah. Kutumpang rasa bersemangat dan terharu dengan pengorbanan Aunty. Bila kutiba di CCU, suasana masih gelap..kulihat Ali sedang tidur di atas bangku panjang...kasihan adikku ini..dia dah banyak berubah, makin slim dan makin matang. Bila kusampai, dia pulang ke rumah abah utk rehat dan mandi. Kulihat pintu CCU terkunci. Bagaimana keadaan abah hari ini. Kubaca surah Yasin dan Ar-Ra'd untuk abah. Moga di luar sana juga begitu.
Kelmarin, keputusan CT Scan menggembirakan kami kerana tiada masalah dalam otak abah.. maksudnya abah tidak respon bukan disebabkan brain damage. Kemungkinan besar abah tidak respon disebabkan buah pinggang abah yang rosak. Kuajak Ayan lihat samada pintu wad CCU berkunci ataupun tidak. Alhamdulillah, pintu tak berkunci. Terus kuajak Ayan masuk ke bilik abah. Kuhampiri abah..kupanggil "Assalamualaikum abah.. adik datang...abah bukalah mata, ingat Allah.." Kulafazkan kalimah Allah dan Syahadah di telinga abah berulang kali. Tiba-tiba, mata abah terbuka..berkelip-kelip, abah melihatku lama. Kupanggil semula abah..Kuminta abah genggam tanganku, atau gerakkan jari..tapi hampa. Kemudian, abah pejamkan mata semula. Ya Allah, tak sanggup rasanya melihat orang yang dikasihi terbaring begini. Berilah kekuatan pada diriku menghadapi situasi ini. Kupegang kaki, betis dan paha abah..suam...Alhamdulillah. Hanya hujung jari kaki abah sejuk. Kelihatan ada sahabat abah datang mendekati katil. Nurse menasihat mereka agar berada di luar bilik..lihat dari jauh kerana cuba jauhkan dari jangkitan kuman. Nurse beritahu, malam tadi abah demam, mereka bimbang ada jangkitan kuman. Kami keluar dari wad...meninggalkan abah terbaring lesu. Tengahari nanti, adik masuk semula bah..

Friday, August 13, 2010

Abah....Kuatkan semangatmu abah..

Abah masih seperti kelmarin, selepas dialisis abah tetap tiada respon. Jantung Abah juga lemah. Tapi, kulihat walaupun mata abah tertutup, mata abah seperti bergerak-gerak.Moga ia tanda abah akan sedar. Jika selepas dialisis abah tidak juga sedar, doktor akan buat CT Scan. Hari ini kami adik beradik buka puasa di tepi tangga wad CCU. Tanpa gelas dan pinggan.. abang sulungku juga ada sekali. Kami cuba membuat suasana berbuka puasa ceria...sedangkan dalam hati Allah yang Maha Mengetahui bagaimana rasanya. Kuserahkan anak-anakku pada suamiku...tapi kuredha dengan ketentuan ini. Setahun tiga bulan yang lepas.. kami juga berada di sini menanti Ummi sembuh. Ia berulang kembali. Orang yang menjadi tunggak kekuatan kami, menjadi sumber semangat juang kami terbaring bertarung dengan kesakitan juga dengan maut. Hanya doa dan ayat Al-Quran mengiringi abah. Kuyakin...di luar sana..ramai anak-anak abah yang juga berperasaan sepertiku, turun menadah doa untuk abah.. membaca Al-Quran untuk memohon keajaiban dariMu Ya Allah. Di saat ini jam 9.55 malam, kusolat isyak dan tarawih berseorangan di luar wad CCU, Ali adikku juga ada bersama...ayat-ayat Al-Quran memenuhi ruang ini..moga ia sampai ke dalam bilik abah, moga ayat-ayat Al-Quran ini sampai di telinga abah. Jiwaku tersentuh melihat sahabat-sahabat abah, anak didik abah datang dari jauh..kelantan, terengganu, johor, selangor, perak dll semata menziarahi abah.. mendoakan untuk abah.. semua ini adalah kekuatan buat kami.

Abah...Abah...bukalah mata

Hati ini merintih sayu..Abah yang kusayangi, terbaring tanpa suara. Mata abah terpejam rapat. Rasa tak mampu diri ini melalui keadaan kedua selepas pemergian Arwah Ummi. Ya Allah, tabahkanlah hati ini, Setiap malam selepas ahad malam tempohari, sukar kulelapkan mata..seperti wayang tergambar detik-detik cemas Ahad malam  dalam pukul 1.30 di wad kecemasan di Kangar. Bagaikan gambar bergerak, berulang-ulang wajah abah, keperitan abah dan wajah-wajah cemas kami menghadapi situasi gentir itu. Dah lama tak kutulis di blog ini...tapi hari ini tergerak hati dan kugagahi diri menaip sesuatu, moga ia dapat meringankan apa yang ada di dada ini. Kelmarin kupanggil abah.."Abah..Abah bukalah mata bah, bangunlah..adik ada di sebelah abah, semua anak-anak abah ada, aunty tak pernah tinggalkan abah, bukalah mata... bah. Sambil airmata deras di pipiku. Kulihat aunty teresak memegang erat tangan abah. Kutabahkan hati, menumpang kekuatan bila melihat aunty tabah, cikgu A tabah, Melihat insan-insan yang menyayangi abah menziarahi abah..menjadi kekuatan kami anak-anak abah

Friday, March 19, 2010

'A.Z' ...Insan Penguat Semangatku

Dalam blog dan coretanku sebelum ini, banyak yang kuceritakan terutama tentang arwah Ummi dan abah. Tapi hari ini kuluangkan masa untuk berkongsi tentang seseorang yang paling hampir denganku, yang sentiasa berada di sisi ketika gembira, sedih, tidak bersemangat malah tika bertarung dengan maut. Insan yang kukenal  pada tahun 1996 di UIAM. Orangnya tinggi, hitam manis, segak orangnya (bagiku...), seorang yang ramah dan tegas. Sifat yang paling kukagumi adalah sifat pemurahnya. Kalau lihat pada dhahir... dia seorang yang tegas...tapi sebenarnya seorang yang lembut hatinya, penyayang sifatnya.

Sesuatu yang  bermakna dalam hidup ini bila ditakdirkan bertemu dengannya, hidup bersama hampir 13 tahun sejak 19 Oktober 1997. 'A.Z' banyak mendidikku menjadi isteri yang solehah, Setiap kali kumengandung (6 kali), kuakan alami alahan yang teruk, keluar masuk wad, x mampu makan dan akan terbaring hampir 4-5 bulan. Dan setiap kali kumengandung, 'A.Z'lah yang merawatku tanpa rasa jemu. 'A.Z' lah yang membasuh muntahku sepanjang alahan. Aku tidak mampu tinggal di wad berbulan-bulan sebab anak-anak masih kecil, jadi aku dirawat di rumah sendiri, 'A.Z'lah yang menjadi doktor dan nurse, menukar drip di tanganku, menyuapku makanan. Bila waktu pantang, hanya anak yang pertama dan kedua, kuberpantang di kampung. Anak-anak seterusnya kuberpantang di rumah sendiri. 'A.Z'lah yang mengurus keperluanku dan memandikan babyku masa pantang.

Masihku ingat, di permulaan perkahwinan kami... berkahwin selepas graduate..waktu itu belum dapat kerja. Diriku dalam praktikum dan 'A.Z' chambrige (latihan guaman). Waktu itu, gaji pun tak ada..hanya bergantung dengan elaun praktikum. Kepayahan hidup waktu itu sukar digambarkan dan bila diingatkan , ia menjadi satu pengalaman yang cukup terkesan dan manis.

Sesuatu yang membuat kuterkilan seumur hidup...bila mana aku tak mampu menjaga Arwah Ummi ketika Arwah Ummi demam kuat kerana aku masih dalam pantang bersalin anak yang kelima. Waktu itu, Akram tiada di Perlis. Abang Akmal di K.Lumpur dan Ali di Sabah. Aku bersyukur kerana 'A.Z' yang mengganti, membawa Ummi ke klinik.. malah membasuh muntah Ummi. Keesokannya pula membawa Ummi check darah bimbang dijangkiti denggi. Dalam masa yang sama Abah juga sakit, darah tinggi abah naik, begitu juga kencing manis...'A.Z' membawa abah ke hospital. Aku amat terhutang budi padanya. Keikhlasannya membuatkan kasihku sentiasa subur. Bila Ummi dimasukkan di wad pada petang Jumaat.. waktu itu anak-anak yang lain belum sampai Perlis, 'A.Zlah yang menemani Arwah Ummi... memakaikan telekung untuk Ummi solat. Waktu Ummi koma... semangatku luntur..dengan keadaanku dalam pantang bersalin..emosiku cukup rapuh. Kubersyukur kerana 'A.Z' sentiasa di sisiku, memberi semangat dan kekuatan.."Ma perlu tabah dan kuat..Ma yang abang kenal seorang yang kuat semangat dan tak mudah mengalah. Abang yakin..Ma mampu jadi anak yang tabah.. duduk di sebelah Ummi, beri semangat untuk Ummi.". 'A.Z' menahan sebak dan sedihnya didepanku. Tetapi...rupa-rupanya 'dia teresak-esak menceritakan keadaan Ummi pada Mak di Perak.

Bila Ummi dah tiada...kehidupan kami berubah. Walaupun kami telah mempunyai rumah sendiri di Arau... kerana tanggungjawap sebagai seorang anak... kami sekeluarga berpindah ke rumah abah di Mata Ayer. 'A.Z' yang berulang-alik setiap hari antara rumah Arau dan rumah abah. 'A.Z' akan pulang di Arau untuk mandi dan terus ke pejabat. Petang, ambil anak di sekolah dan bawa anak-anak ke rumah abah. Kemudian, pulang ke Arau untuk bersihkan diri dan bersiap untuk beriadhah. Malam, Maghrib di masjid dan terus ke rumah abah untuk makan malam & tidur.Begitulah rutin seharian. Aku cukup fahami bukan sebarangan orang yang mampu bersabar dengan situasi ini. Perhatianku juga tidak sepenuhnya pada 'A.Z' kerana keadaan abah yang masih tidak sihat memerlukan perhatianku. Bukan saja 'A.Z' tidak mengeluh atau tidak rasa payah dengan situasi ini, malah 'A.Z' amat prihatin dengan keperluan abah. Jika ada apa-apa yang abah teringin makan, 'A.Z' tidak akan berlengah mendapatkannya. Seperti pagi tadi, abah tidak lalu makan sarapan dengan roti pita, teringin makan roti canai.Awal pagi 'A.Z' bersiap dan keluar, untuk pulang ke rumah Arau, mandi dan bersiap ke pejabat. Tiba-tiba, pukul 8.45 pagi 'A.Z' dengan siap pakaian kerja datang semula ke rumah abah sambil membawa roti canai. Terharu rasa hati, walaupun dah lewat ke pejabat... 'A.Z' tetap ingin berkhidmat untuk abah mertua..menyediakan sarapan yang disukai abah.

Banyak lagi yang ingin kukongsikan tentang Insan yang sentiasa memberi semangat dan kekuatan untukku. 'A.Z' yang dicoretkan di sini adalah suamiku, Ahmad Zaini bin Samsudin.

Tersentuh dengan Coretan Saudara Thalhah..

Lama kutak luangkan masa dengan blog.. mungkin sibuk anak-anak nak exam, dan agak sibuk dengan rutin harian. Mungkin itu hanya alasan, hakikatnya menulis di blog ini juga seperti menulis di mana-mana atau memberi tazkirah atau bersembang...semua itu perlu dengan hati dan jiwa. Kita menulis dengan hati. Pagi ni tergerak kucoretkan sesuatu ...selepas terpandang coretan ringkas diCbox Apa Khabar, coretan ringkas saudara Thalhah... seolah memujuk kumenulis kembali. Katanya, ana sayangkan ustaz kerana Allah. Ya... tersentuh rasa hati menatap coretan ringkas itu. Abah seorang yang amat beruntung .. pada lahirnya hanya mempunyai 4 orang anak...tetapi hakikatnya, dia punyai ramai anak-anak...yang kasihkan dia kerana Allah, yang ingin tahu tentang diri dan kesihatannya, yang berada di pelusuk dunia, yang sering mendoakan kesejahteraan dan ketenangan buatnya. Jiwaku berbisik... anugerah itu bukan paksaan, rasa kasih dan sayang itu bukan kerana lama mengenal..juga bukan kerana ada hubungan darah. Rasa kasih itu lahir bila ikatan hati teguh, rasa ukhuwah yang mendalam, rasa keterikatan atas jalan Ilahi, rasa yang terbit hasil tarbiyah yang sebenar. Moga Allah pelihara rasa kasih itu, Allah jiwai agar terus kuat dan utuh menegakkan agama Allah, Allah pelihara hati-hati yang sayangkan abah kerana Allah..agar mereka tabah dalam medan jihad ini, sentiasa bersemangat menyedarkan masyarakat tentang kemanisan iman. Sering juga kucerita abah komen-komen dan maklumbalas pada abah... abah komen, internet ni bukan semuanya negatif..banyak yang positif. Ia memudahkan kita memberi tarbiyah pada masyarakat. Tapi ramai ahli masyarakat yang menggunakan internet untuk merosakkan masyarakat itu sendiri...menyebar fitnah dan bahan lucah. Kumengangguk tanda setuju.

Anak kecilku Audad merengek... dia dah 11 bulan, maknanya dah 10 bulan Ummi meninggalkan kita.. opss, dia kuatkan suara rengekannya dia bila kumasih menatap netbook ASUS  putih kesayanganku. Kita berhenti dulu,k.... moga rajin menjengah ke blog ini...juga blog enotapelajar.wordpress.

Thursday, March 18, 2010

Kongsikan bahan ilmu untuk semua

Baru-baru ini komputerku rosak. Ya Allah..banyak bahan-bahan pengajaran dan bahan master yang hilang bersama-sama. Sedih kufikirkan tentang itu. Kukongsi dengan seorang teman, dia mencadangkan padaku agar menyimpan bahan-bahan p&p dalam email atau blog. Katanya kalau bahan itu disimpan dalam blog, boleh dikongsi dengan semua orang yang mungkin memerlukan. Bahan-bahan pengajaran banyak yang berkaitan dengan bidangku iaitu bidang pendidikan B.Arab. Ada  karangan, nota qawaid, balaghah, bahan tazkirah, ebook, doa-doa amalan rasulullah, dan bila dah bertugas di institut perguruan, skop pengajaranku juga makin luas...pendidikan bahasa arab, tamadun Islam dan Asia, pendidikan moral, penyelidikan, pendidikan Islam dan sebagainya. Insya-Allah, dari masa kesemasa akan kuuploadkan dalam blog yang baru. Blog ini tak sesuai dimasukkan bahan-bahan tersebut kerana blog ini lebih kepada luahan hati dan coretan rasa dan pengalaman. Kubina blog http://enotapelajar.blogspot.com/ khusus untuk bahan-bahan dan nota-nota pengajaran khusus untuk pelajar. Moga ia dapat dikongsi bersama dan mendapat keberkatan Allah. Insya-Allah. Amin.

Kehidupanku bersama abah...

Alhamdulillah, hari ke sehari abah makin sihat dan ceria. Walaupun begitu, jelas kelihatan tubuh abah yang susut. Semalam kuteman abah pergi urut refleksiologi kaki. Sambil teman abah, lebih baik kakiku juga diurut. Yang urut kakiku, seorang gadis buta, cekap dia mengurut...yang lucunya, yang meneman yang kerap menjerit sakit bila terkena point yang tepat. Abah relaks aje... Abah kata rasa ringan sikit. Abah ajak pergi lagi lepas 3 hari. Alhamdulillah...moga ia satu alternatif yang boleh mengurangkan kesakitan abah.

Minggu lepas, kami sekeluarga bawa abah pergi berehat sambil memancing di tempat ekuestrian di batu pahat, perlis. Suamiku menunggang kuda.. abah rehat seketika di kabin. Kubersama anak-anak memancing di anak sungai di dalam kawasan tersebut. banyak juga 'tiger fish' dalam anak sungai ni.. tiba-tiba abah datang, tanya ada lagi dak pancing ikan. Abah bawa kerusi yang boleh jadi tongkat. Kuserahkan pancing ikan pada abah. Seronok kulihat abah makin bersemangat dan ceria di samping cucu-cucunya. Hari itu, abah juara memancing..dapat 5 ekor ikan. Kami yang lain masing-masing dapat 3 ekor ikan. Mana boleh lawan juara memancing... Abah cerita, masa muda-muda, abah rajin juga memancing. Pernah pancing di sungai Pahang. Tiba-tiba dapat ikan besar...tapi ikan tu nak lepaskan diri. Abah terjun dalam sungai Pahang, bergelut dengan ikan besar tu..Akhirnya abah berjaya. Abah cakap orang yang memancing kena belajar bersabar..kalau tak bersabar tak boleh pancing.

Bimbang juga lihat perkembangan abah sekarang... salah satunya abah tak lalu makan macam dulu-dulu. Macam-macam lauk kucuba masak untuk abah... macam mana ye?. Kelmarin abah teringin makan kerang, alhamdulillah dapatla cari. Hari ni abah cakap teringin makan ketam kecil masak goreng tepung. Esok kucuba cari ...insya-Allah berjumpa.

Dah sampai waktu memasak...malam ni tok bagi perut masak lemak...moga-moga abah lalu makan.
Jumpa di lain lembaran.

Sunday, December 6, 2009

Syair Arab 2: Mata, telinga dan lidah

Hayatilah syair di bawah...









Terjemahan :
Sesungguhnya Allah menjadikan manusia dengan dua mata # tetapi ramai manusia melihat dengan sebelah mata sahaja.
Sesungguhnya Allah menjadikan manusia dengan satu lidah dan dua telinga # tetapi ramai manusia bercakap dua lidah dan mendengar dengan sebelah telinga sahaja.

Cukup bertepatan syair Arab di atas. Memang ramai manusia sering menggunakan sebelah mata dan sebelah telinga tetapi sering menggunakan dua lidah (lidah bercabang) bila berbicara. Moga kita tidak tergolong dalam kategori 'ramai manusia' tersebut.

Kita sering menggunakan kata-kata hikmah dari sarjana bukan Islam dan kata-kata dalam bahasa Inggeris...tetapi kurang didedahkan dengan kata hikmah sarjana Islam dan dalam bahasa Arab. Peluang ini kuambil untuk berkongsi sedikit yang ada untuk semua. Moga bahan/ilmu ini disebarkan terutama untuk pelajar, pekerja dan insan-insan yang menghargainya. Angan dan harapanku....akan kulampirkan semua kata-kata hikmah dan syair dalam bahasa Arab ini dalam sebuah buku..tapi tak tahulah boleh jadi kenyataan ke tak?

Saturday, December 5, 2009

Bagaimana kasih sayang kita?

Kasih ibupada pada anak-anak sungguh besar. Bagaimana kasih anak-anak pada ibubapa? Ramai anak-anak melafazkan di mulut mereka... tetapi adakah apa yang kita lakukan untuk ibubapa kita cukup. Semakin kita umur kita bertambah, semakin  banyak tanggungjawab kita. Semakin matang kita, semakin jauh jarak kita dengan ibubapa kita. Kita akan belajar jauh dari kampung, kita akan mempunyai tanggungjawab sebagai pelajar kemudian bila dah berkeluarga, kita sibuk dengan suami/isteri dan anak-anak. Makin lama kita bekerja, kita bukan semakin senang tetapi semakin kita sibuk. Semakin hari, kita semakin kurang bersama ibubapa kita..masa berlalu pantas.Masa ibubapa kita juga makin suntuk...mereka makin tua dan uzur.

Jika 20 tahun dulu, kulihat abah seorang yang cukup segak..cergas dan banyak menghabiskan masa dengan amanah yang digalasnya. Bila kulihat sekarang, abah dah semakin uzur. Badan abah semakin kurus, sekarang abah belum dapat berjalan tanpa tongkat. Malah... abah terpaksa guna tongkat 4 kaki sebab kaki abah tak kuat..kalau guna tongkat biasa , abah nak jatuh..abah cakap, rasa paha dan lutut abah lemah nak melangkah. Menitis airmata ini melihat keadaan abah. Berbisik dalam diri, mampukah kuberbakti sebaik mungkin menjaga abah bersama anak-anak yang lain sebaik abah menjaga dan mendidikku sejak dilahirkan. Tadi baru kubersembang dengan Akram, Ayan isteri Akram dan suamiku, mengimbau kisah-kisah dahulu. Abah tidak pernah marah padaku masa dulu-dulu..kutanya Akram pasal apa ye abah tak pernah marah kakak, Akram dan Ali abah marah gak dulu-dulu. Akram kata, "macamana nak marah..kakak kan anak perempuan sorang". Abahlah yang menyedarkan diriku tentang nikmat Islam yang hakiki.

Kurasa terkilan juga tak lama jaga ummi masa ummi sakit. Arwah ummi jarang sakit teruk. Waktu arwah ummi sakit, kumasih dalam pantang lepas bersalin. Akramlah yang bertuah sebab dapat jaga ummi banyak hari di wad. Kumasih ingat, masa arwah ummi sakit..di mulut ummi asyik sebut dan tanya, macamana abah? abah makan apa?. Walaupun tengah sakit, masih bimbangkan makan minum abah.

Bagi yang sudi membaca dan menatap coretanku ini, rebutlah peluang yang ada.Kalau masih punyai ibu dan bapa, jagalah mereka sebaik mungkin..luangkanlah masa bersama mereka. Telefon dan tanyalah khabar selalu kalau berjauhan. Tanya dalam diri, pernahkah kita hadiahkan sesuatu pada mereka, masakkan makanan kegemaran mereka, urut badan mereka yang semakin tua, suapkan nasi, sikat rambut mereka, basuh baju mereka, doakan kesejahteraan mereka, dan tidak melukakan hati mereka. Bila kita kehilangan mereka, barulah kita rasa terkilan banyak yang tidak kita lakukan untuk mereka. Peluang itu tiada kali kedua.Bila peluang itu dah tiada, kita akan terkilan seumur hidup. Ibubapa tiada dua atau tiga. Merekalah ibubapa satu-satunya dunia akhirat.Percayalah...masa yang kita luangkan untuk ibubapa kita tidak sia-sia. Setiap saat kita berbakti pada mereka dihitung pahala.Walaupun sebukit masa dan tenaga kita luangkaan untuk mereka tidak setimpal masa, tenaga dan kasihsayang mereka tumpahkan pada kita sejak dalam kandungan hingga dewasa.

 Ibubapa selalunya tahu dan arif makanan kegemaran anak..bila pulang ke kampung..mak kita akan masakkan makanan kegemaran kita. Kita perlu tahu makanan kegemaran ibubapa kita, sekali sekala masaklah untuk mereka walaupun anak lelaki. Ibubapa kita pasti terharu dan gembira jika kita hadiahkan sesuatu walaupun tidak mahal tanda mereka di hati kita. Kuingat lagi, suatu hari abah nak pergi makan dalam majlis diraja Perlis..kena pakai baju kod penuh. Abah pun cari baju kod sepasang.. dah nampak lama..malah dah terkoyak tepi leher baju. Bila kulihat baju tu..berbisik di hati, kesian abah. Esok kubawa abah ke kedai jahit. Minta abah pilih kain...jelas terserlah di wajah abah..gembira. Bila baju tu dah siap lepas dua minggu, abah sangkut baju tu tepi katil, abah pakai dan tunjukkan padaku. Walaupun harganya tak mahal tapi bila hadiah tu dari anak.. mereka akan gembira. Terserlah di wajah abah kegembiraan itu.

Banyak yang masih perlu kufahami dan kongsi dengan abah. Baru-baru ini baru kutahu dari abah, abah belum pernah ke Cameron Highland. Baru-baru ini, kuterpaksa jadi pengiring student ke Cameron Highland..kebetulan waktu tu Akram ada Seminar. Jadi abah tak dak yang teman. Jadi kutanya abah, " Bah nak ikut adik ke Cameron Highland dak? Adik kena bawa student ke sana." . Abah kata, "Boleh jugak, abah pun tak pernah pi lagi sana.". Ya Allah, kasihan abah... dia belum pergi ke sana sedangkan anaknya ini dah lebih dari 5 kali pergi. Malu sungguh rasa hati. Tapi akhirnya program tu cancel. Kujanji dalam diri, lepas abah sihat nanti...kami akan bawa abah berehat kat sana. Moga kami ada ruang untuk tunaikan janji itu..dan moga abah cepat sembuh.

Thursday, December 3, 2009

Bahasa Puisi Lukisan Hati 1

Apa hobi atau kegemaran semua? Semua orang ada hobi yang tersendiri,kan? Kuhanya ingin berkongsi satu-satu hobiku yang mungkin sama dengan sesiapa.... mengumpul bait syair... tapi dalam bahasa Arab. Ada juga kucuba karang bait syair Arab tapi taklah secantik syair-syair Arab yang original. Sebenarnya, menulis sesuatu dalam blog ni suatu yang baik... seperti bait syair di bawah;














Terjemahan :

Tanganku akan hancur di dalam tanah     #     Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku
Moga sesiapa yang membaca tulisanku     #    doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka).

Cukup indah bait syair ini. buku yang dimaksudkan bukan sekadar buku...tetapi bahan yang dimuatkan, tulisan kita...ia termasuklah blog. Tetapi biarlah tulisan yang kita lakarkan di blog diselit hikmah dan pedoman. Kita semua pasti akan pergi menemui Ilahi, 3 perkara yang ditinggalkan kita...ilmu yang bermanafaat, anak yang soleh dan sedekah jariah. Tulisan kita juga merupakan medan atau medium bagi ilmu yang bermanafaat. Dalam kita berceloteh atau berkongsi....adalah cebisan nasihat, ilmu dan pedoman untuk dimanafaatkan. Orang yang menulis sesuatu tidak menginginkan apa-apa harapan..hanyalah doa, moga amal kita diterima dan dijauhkan dari azab.
Cukuplah dulu puisi Arab pertama yang dikongsikan...moga Allah memberi ruang untuk bahasa puisi lukisan hati yang seterusnya...


Cebisan kisah anak abah

Hari ini dah 4 hari abah keluar wad di HUKM. Tapi abah belum boleh balik ke Perlis. Kena follow-up lagi di HUKM. Alhamdulillah abah dah semakin sembuh. Walaupun masih lemah, abah dah mula makan nasi. Hari ini masuk 2 hari abah minta kumasak rebung+cendawan masak lemak, tapi tak pedas sebab perut abah masih belum benar-benar sembuh. Abah ikut nasihat Dr Zamrin, minta abah makan telur separuh masak, kurangkan minyak dan pedas dan banyakkan makan sayur dan buahan.

Akram dah balik ke Perlis, dia akan ke KL bila kupulang ke Perlis, kami bergilir jaga abah. Kubergilir urut abah dengan Adik Ali. Sambil urut abah..kupandang wajah abah dalam-dalam... abah yang kusayangi dah  semakin uzur, tapi semangatnya cukup kuat. Dulu arwah ummi yang urut abah tiap-tiap hari, kini tangan anak-anak yang menggantikan tangan ummi. Malah, anak-anak didik abah juga bersama urut abah. Tiba-tiba, terbit persoalan dalam hati, berapa lama Allah beri peluang untuk kami berbakti pada abah, adakah peluang menyentuh kulit tua abah masih panjang atau sebaliknya? Kupandang lagi wajah abah...rambut abah dah makin banyak uban, garis-garis di muka abah juga banyak. Bila  tangan terus mengurut abah..Ya Allah, badan abah dah semakin kurus. Abah tidur nyenyak..malah kadang-kadang terdengar suara dengkuran. Alhamdulillah... dah lama abah susah nak tidur nyenyak. Waktu abah sakit teruk, lepas subuh baru abah boleh tidur.

Hati kembali bersuara, minda kembali berfikir... ada hikmah susunan dan tentuan Allah, mengambil arwah ummi dulu sebelum abah... Allah memberi peluang pada anak-anak abah berbakti pada abah, menjaga secara langsung, lebih akrab dan memahami diri abah. Bukan saja anak-anak kandung abah...malah anak-anak didik abah berganding bahu, saling menjaga abah. Abahlah bapa yang paling beruntung..mempunyai ramai anak-anak didik yang sangat prihatin, ikhlas dan kasihkan abah. Kudapat semangat dan kekuatan dari keikhlasan dan kasihsayang mereka pada abah...kasih kerana Allah, kasih dalam mencapai keredhaan Allah. Moga kasih itu berkekalan hingga ke akhirnya....

Saturday, November 28, 2009

Us Dahlan semakin pulih..

28 Nov 2009

Kondisi Abah hari ini.....

Pagi ini, raya kedua... kami di sisi abah. Akram dan Ayan tidur di HUKM. Pagi ini abah kelihatan semakin pulih walaupun masih nampak lesu. Tadi abah makan ice cream HPA... banyak juga. Lepas tu, abah sakit perut..rasa sebu... memulas. Doktor datang, dia cakap hasil scan..ok, ada batu dalam hempedu..akan dioperasi bila tubuh dah sihat. Paru-paru ada infection...sambung bagi antibiotik. Pastu..platlet dah naik 110. Cuma virus di usus tu yang masih dalam observation. Kemungkinan hari Isnin nak kena masuk spot dalam usus (tak berapa faham istilah doc.. rasanya masukkan kamera kecil ikut dubur kot). Baru dapat lihat apa yang berlaku dalam usus abah. Lepas abah diurut olehku dan cucu (Aufa, anak sulungku) abah terus nak kebilik air. Kutanya abah..warna najis abah...kata abah warna hitam. Dulupun warna najis arwah ummi - warna hitam juga. Doktor ajar abah senaman untuk kuatkan paru-paru abah. Ada 5 step. Suamiku beli nasi lemak. Abah nak cuba makan nasi lemak...dapat makan 2 suap, alhamdulillah . Abah nampak bersemangat semula. Wajah pun nampak ceria sikit. Tapi kaki masih lemah. Abah tak boleh tak diurut...kami terus-terusan urut abah, berganti-ganti. Sendi-sendi abah lenguh dan sakit.

Kami terhutang budi pada anak2 didik abah, doktor2 yang diketuai oleh Prof Dr Zamrin, pakar Kardio. Walaupun hari raya..tetap bersama menjaga abah. Kuterharu dengan pengorbanan mereka, mereka jaga abah macam ayah mereka sendiri.

Opps, sambil kumenulis...sebelah tangan urut abah. Abah dah lena. Kulihat abah mengigau dalam tidur. Tangan abah macam tengah menulis, tak pasti apa yang abah ngigau dalam tidur. Semalam, abah mengigau...cakap Arab.

Lama tak kucatatkan apa-apa di blog ini. Nak menulis di blog ni pun kena bersama hati. Bila meluahkann di sini, hati rasa lega dan puas..seolah-olah berkongsi dengan seseorang... mula-mula taip ganti diri 'ana'. pastu delete sebab kalau tulis ana macam tak selesa sebab ruangan ini luahan hati seorang anak.. 'ku' lebih selesa.

Sakit Denggi abah.....

Hati tertanya-tanya, mengapa abah dapat denggi macam ummi..nyamuk tu ada di Semadung (kebun abah) atau di halaman rumah abah?. Nyamuk Aedes hanya gigit waktu subuh dan senja aje... Abah selalu gak bagi makan ikan keli lepas subuh. Kolam ikan keli tu di belakang rumah. Sebenarnya ikan keli tu arwah ummi yang beli..banyak. Waktu beli masih anak keli. Jadi, bila ummi dah tak de..abahlah yang selalu bagi makan. Abah sayang sangat pada ikan-ikan keli tu. Waktu petang abah banyak luang masa di tepi kolam. Sambil bagi makan ikan keli..abah letak kerusi tepi kolam...sambil termenung. Kuyakin..abah termenung mengingatkan arwah ummi.