Pages

Thursday, May 21, 2009

Kenangan Hari-hari Terakhir Ummi

Hari ini genap seminggu pemergian ummi....aku rasa semakin kuat dan tenang. Di ruangan ini aku cuba mengimbas kembali kenangan hari-hari terakhir ummi.

1 hb Mei 2009 (Jumaat)

Anakku, Ahmad Audad dah berusia 21 hari. Entah kenapa dia mula menangis malam, bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi. Ummi hari-hari datang melawat Audad semasa aku berpantang di rumah sendiri. Aku lebih senang berpantang di rumah sendiri kerana tidak mahu membebankan ummi dan abah. Hari ini, ummi kasihan melihatku sakit kepala kerana tidak cukup tidur.Dia pergi mengambil ubat cara kampung di Repuh. Petang itu, lama ummi singgah di rumah. Dia membawa air penawar dan minyak untuk diletak di peraut baby. Sambil melihat Audad, ummi banyak bercerita denganku. Dia baring di atas tilam kuberpantang. Dia memberitahuku sekarang dia cepat letih.Ummi kata, dah hari-hari tengok Audad, lupa pulak macamana rupa Auni, anak Ali. Aku cuba berkongsi dengan ummi. Kataku, Akram ada berbincang.. dia sanggup tinggal dan jaga ummi dan abah...mungkin bulan 9 ni Ayan akan minta tukar ke Perlis. Tapi Akram tak pasti adakah rumah yang abah ummi tinggal, dijanji untuk Ali. Akram rasa tak sedap kalau memang berjanji untuk Ali. Akram minta kakak bertanya pada Ummi. Ummi bagitau dia tidak pernah berjanji rumah itu untuk Ali. Dia kata, Ali tak bolehh duduk di Mata Ayer, Akram yang boleh tinggal dengan abah...(tanpa sebut namanya). Kakak Amani dan Abang Akmal dah ada rumah sendiri. Abah tentu tak nak tinggal di rumah anak2....dia nak tinggal di rumah sendiri. Waktu itu, aku tidak terfikir pun bahawa ummi langsung tidak menyebut namanya. Ya Allah...kenapa waktu itu tidak terlintas di fikiranku bahawa ummi memberi bayang. Cuma minta Ummi ...jangan robohkan rumah itu, perbaiki sahaja yang rosak terutama bahagian perpustakaan ke dapur.


Dalam sembang dengan ummi, dia buka perbincangan tentang Unimap... adakah aku dah bulat hati nak nak terima tawaran unimap. Aku berterus terang bahawa rasa kurang berminat berpindah ke sana dan berat untuk tinggalkan IPP. Lagipun seniority dalam perkhidmatanku selama 12 tahun akan lupus. Ummi pesan..walau bekerja di mana pun, sambunglah belajar Phd. Ummi lebih suka kalau aku berpindah ke Unimap...sebab tak banyak keluar. Tapi aku dah tolak tawaran Unimap. Banyak yang kami berkongsi hari tu...



2 hb Mei 2009 (Sabtu)


Hari ini hari yang ke 22 aku berpantang. Kepala makin sakit kerana Audad makin kuat menangis. Dia tak kembung perut.Aku berganti dengan suamiku...kasihan dia, kena berjaga dan pagi-pagi kena pi kerja pulak. Tengahari mak ayah mertuaku datang ke rumah dari Perak. Mereka keluar pergi kenduri. Petang tu, dalam pukul 5.00 ummi telifon bagitau dia terseliuh dan sekarang di rumah Tok cik Tijah. Suamiku A.Zaini pergi ambik ummi dan tok balik ke mata ayer. Ummi bercerita, di kebun Semadung, dia sangka ular. Dia pun larikan diri sebab fobia dengan ular. 2 kali dia terjatuh...rupanya biawak. Kasihan ummi. Aku hanya boleh bercakap dengan ummi di telifon sahaja sebab x dapat keluar rumah kerana masih berpantang. Aku mencadangkan agar ummi telifon Akram sebab hujung minggu. Ummi kata kalau sakitnya tak hilang, dia akan call Akram.



3 hb Mei 2009 (Ahad)


Hari ini 23 hari aku dalam pantang. Audad makin menangis malam...hingga ke subuh. Aku dah buntu bagaimana nak ikhtiar. Telifon ummi tanya keadaan kaki ummi yang terseliuh. Dia bagitahu Akram bawa pi x-tray di klinik Menon... takut patah/retak. Alhamdulillah... tak patah/retak cuma terseliuh.Lepas pi klinik, abah, ummi, akram dan ayan pi makan di restoran di kangar. Ummi belum demam lagi.



4hb Mei 2009 (Isnin)


Audad tidak berubah....masih menangis malam. Telifon ummi, dia bagitau rasa macam demam. Mungkin sebab terseliuh tu kot, katanya.Tapi kaki terseliuh tu dah baik. Ummi gagahkan diri dia pergi ke MATRI. Ummi balik awal sebab rasa lemah dan pening kepala.



5hb Mei 2009 (Selasa)


Audad makin teruk sawan tangisnya...sampai ke subuh. Badanku rasa macam nak demam sebab tak cukup tidur. Call ummi untuk berkongsi masalah Audad dan bertanya khabar.Banyak hari ummi tak datang rumah. Selalu tiap-tiap hari ummi datang rumah. Ummi kata demam dia makin teruk. Dia minta ubat kat Acu tapi tetap tak berubah. Ummi kata rasa sakit semua badan...lain macam demam ni. Aku pun telifon Akram...aku nak pergi menjaga ummi, Audad makin teruk sawan tangis. Akram bagi tau dia tidak dapat balik sebab nak kena pergi Kuala Lumpur.


Malam tu, aku minta suamiku menghantar ummi ke klinik dan membawa bubur nasi untuk ummi. Ummi tak lalu makan. Suamiku membawa ummi ke klinik Balkis di kangar. Ummi nampak lemah sangat...doktor bagi injection dan ubat antobiotik pada ummi. Aku telifon ummi...rasa bagaimana? Ummi bagitahu rasa kurang sikit sebab kena inject.



6hb Mei 2009 (Rabu)


Pagi ini aku bangun lewat sebab Audad menangis dari pukul 12 tengah malam hingga 6.00 pagi. Suamiku pun pergi kerja lewat. Call ummi...ummi kata rasa kurang sikit tapi tetap tak lalu makan. Pukul 11 pagi aku kuatkan hati cuba drive kereta ke rumah ummi. Tok pun tak sihat... sebelum tu minta izin suami dulu..dia izinkan dan kata bawa hati-hati. Aku masak nasi bubur untuk ummi. Aku suap nasi bubur hanya 2 sudu..ummi dah tak mau. Ummi asyik tidur dalam selimut. Dia kata nak angkat kepala pun tak boleh. Kemudian, lihat abah asyik tidur di kerusi panjang. Aku menghampiri abah...tanya kesihatan abah..abah kata kencing manis dia naik, tekanan darah pun naik...mungkin sebab susah hati tengok ummi demam. Ummi selalunya kalau demam..dia cuba bangun jugak, tapi kali ini lain...dia asyik baring aje.Abah bagitau petang ni dan malam ni kena pergi chek semula kandungan gula dalam darah. Petang itu, suamiku balik kerja awal..bawa abah ke klinik. Malam itu, aku kirim bubur nasi pada ummi...suamiku lagi sekali bawa abah ke klinik. Alhamdullillah, kandungan gula abah turun. Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi suami yang amat memahami dan sanggup meluangkan masa membawa ummi dan abah ke klinik. Anak-anak yang lain jauh...di KL, Sabah dan Perak. Aku pulak masih dalam pantang dan rasa macam demam sebab dah hampir seminggu Audad menangis malam. Suamiku bagitau ummi tak berubah..malah muntah-muntah. Mungkin sebab tak lalu makan, angin masuk perut.



7 hb Mei 2009 (Khamis)


Ummi masih lagi demam. A.Akmal bagitahu..kena bawa ummi ke makmal chek darah & denggi sebab demam dah 4 hari. Suamiku bawa ummi ke makmal darah (private) di kangar. Dia bagitahu ummi berlainan sekali...lemah sangat, muntah dalam kereta. Keputusan darah tu esok baru tahu. Aku tak senang duduk... cadangnye nak tidur di rumah ummi tapi suamiku kata, lagi mengganggu ummi abah sebab dia asyik menangis malam. Dahlah ummi abah tak sihat, kena berjaga cucu pulak. Jadi, kami buat keputusan hantar bibik Idah ke rumah ummi, sekurang-kurang boleh tolong masak dan tolong apa yang patut. Call Akram, dia masih di KL, urusan Phd.Dia akan balik terus ke Perlis esok.Mungkin sampai esok malam.



8 hb Mei 2009 (Jumaat)


Pagi telifon suamiku tanya keputusan darah ummi..alhamdulillah denggi negatif. Abang Akmal call minta faxkan keputusan darah pada dia. Tengahari masa orang solat Jumaat, aku call ummi tanya perkembangan demamnya...dia bagitau demam tu rasanya dah kurang tapi rasa senak memulas. Aku bagitau ummi lepas zaini balik solat Jumaat, kami akan pi rumah ummi.Rupanya, ummi call abang Akmal. A.Akmal suruh abah bawa ummi ke hospital. Abah bawa ke hospital selepas balik solat Jumaat. Masa abah bawa ummi ke bahagian kecemasan, dimasukkan ke dalam bilik separa kritikal. Abah cerita lama juga tunggu giliran jumpa doktor.mereka ukur suhu badan ummi ...dak tak demam, tekanan darah 126/85 tapi disebabkan demam 4 hari , doktor ambik ujian darah. platelet ummi 15, rendah sangat...so, doktor suspect denggi. Ummi dimasukkan ke dalam wad 3 (1 bilik 4 orang), agak tidak selesa. Abah balik sekejap. Suamiku zaini take over. Dia lihat keadaan bilik yang ummi duduk tidak selesa, jadi dia berusaha mendapatkan wad first class (1 bilik 2 orang). Ummi pindah ke wad first class maghrib hari Jumaat. Abang Zaini tunggu di wad, kemudian Akram sampai. Ummi nak Akram yang jaga dia. Malam itu Akram jaga ummi. Aku di rumah menggelisah sebab dengar ummi suspect denggi. Rasa macam nak pergi jaga ummi di wad tetapi tak ada kemampuan dengan keadaan baby yang sawan tangis dan diriku yang tak sihat semasa dalam pantang. Mengapa ditakdirkan ummi sakit semasa aku dalam pantang. Dulu semasa ummi admit masa sakit psiorasis, appendic dan mata...akulah yang menjaga ummi tapi waktu ini...Allah tidak izinkan.



9 hb Mei 2009 (Sabtu)

Akram yang jaga ummi. Ayan tidur di rumah mata ayer sebab abah tinggal seorang. Abang zaini berulang ke hospital. Aku hanya mampu telifon ummi dari rumah. Ummi bagitau demamnya dah tak ada, tapi masih rasa sakit kepala dan lemah badan. Ada yang nasihat makan ketam dan kurma cina. Jadi, abang zaini pergi cari ketam. Susah juga nak dapatkan ketam sebab bukan musimnya. Aku masak sup ketam. Petang itu, call ummi...keputusan dah keluar, sah demam denggi tetapi bukan denggi berdarah. Ya Allah! Selamatkanlah ummi. Muntah-muntah dah berhenti, tapi masih tak lalu makan.Ummi makan sikit aje.Platelet ummi semakin naik, hari ini naik ke 25. Alhamdulillah. Malamnya, aku bermimpikan ummi. Audad masih menangis.



10 hb Mei 2009 (Ahad)


Hari ini, aku, suami dan anak-anak Aufa, Atfa, Asla, Ashmal dan Audad ke hospital. Sedih lihat keadaan ummi. Ummi nampak lebih sihat dan ceria. Tangan dia bengkak sebab drip air, kena ubah sebelah Aku masak sup ketam special...di wad aku suap ummi.Banyak ummi makan. Ummi kata sedap sup ketam...esok masak lagi untuk ummi. Lepas ummi makan, ummi baring. Aku picit kaki dan kepala ummi. Kemudian Akram,Ayan dan Abah datang. Akram bagitau Umrah tangguh ke bulan Ramadan. Aku berkata pada ummi, alhamdulillah sempat ummi sihat..boleh pi umrah. Ummi balas, ummi tak pi..Akramlah teman abah. Waktu tu aku hairan, sebelum ini ummi begitu beria-ia nak pi umrah. Tapi rasa hairan itu tak kuluahkan.

Waktu aku nak balik, ummi minta nak pegang baby baruku, Audad...suamiku letak atas dada ummi. Ummi pegang dan cium kepala baby.Kemudian ummi kata "Alhamdulillah".Semua anak-anakku cium tangan tok ummi. Aku cium ummi.



11 hb Mei 2009 (Isnin)


Hari ini aku rasa tak sedap badan, tiba-tiba sejuk badan...macam nak demam. Suamiku kata mungkin masuk angin sebab berjaga malam. Suamiku sorang saja yang ke hospital hantarkan sup ketam pada ummi di wad. Akram pi ambik guarantee letter.Petang Akram ambik Abang Akmal di airport. Malam, Abang Akmal ganti Akram jaga ummi. Aku sedih sebab tak dapat jaga ummi. Baby menangis sampai ke pagi.



12 hb Mei 2009 (Selasa)


Pagi ini aku rasa resah. Mengapa rasa tak sedap hati? Aku segera teringatkan ummi. Aku call ummi. Ummi yang angkat, suara dia ceria. Ia bagitau...dia rasa sihat hari ini..platelet pun dah naik 65. Ummi bagitau malam tadi pun dia dah boleh pi tandas sorang diri. Dia kata mungkin esok dah boleh balik. Aku bagitau nanti tengahari zaini balik, lepas zohor akan ziarah ummi. Ummi tanya Audad masih menangis lagi? Aku kata semakin menangis...sampai pagi.Kemudian, aku tanya ummi nak sup ketam ke? Ummi kata sup semalam masih ada, hari ini teringin nak makan ikan bakar. Semalam ummi teringin makan honey dew. Drip di tangan dah dibuang.

Pukul 1.00 suamiku call kata ummi sejuk tiba-tiba...sesak nafas, suara Akram macam cemas. Aku tiba-tiba rasa kelam..menggeletar tangan, Kaki rasa berat nak melangkah. Airmataku tak henti-henti turun. Aku menunggu kereta abang Zaini terasa sangat lama. Bila abang zaini sampai..aku terus meluru sambil menangis. Ya Allah, selamatkanlah ummi. Dalam perjalanan ke hospital, A.Akmal pula telifon.. hatiku berkata-kata..pasti teruk. Sampai di hospital aku terus meluru ke wad first class.Aku lihat semua ada di luar bilik wad...aku menangis tanpa dikawal. Abah mententeramkan aku. Kelihatan doktor dan nurse kelam kabut keluar masuk bilik. Pintu bilik masih dibuka. Akram masuk ke dalam bilik tapi duduk jauh dari ummi sambil berkata berulangkali, ingat Allah ummi, mengucap. Kemudian ummi bagitau dalam sesak nafas tu...dahaga nak minum air. Doktor tak benarkan..aku dan Akram berdiri di tepi ummi, aku usap dadaa ummi dan kepala ummi. Akram letak air di bibir ummi. Kami terus menerus ucap, ingat Allah...doktor tengah ikhtiar.. Ummi semakin sesak nafas. Sambil sebut Nama Allah,"Allah...Allah, sakitnya dada..cepatlah bubuh ubat...".Kemudian ummi macam meronta dan menggelabah...lepas tu doktor suruh kami keluar. Waktu itu tak dapat nak luahkan dengan kata-kata...suasana di situ...hiba,menangis, semua berlaku dengan tiba-tiba dan mengejut. Aku hampir pitam tapi dipapah oleh suamiku. Doktor keluar dan bagitau ummi sangat kritikal dan akan dipindahkan ke CCU.


Setakat ini dulu yang mampu aku kongsikan di sini. Aku cuba cari kekuatan untuk ceritakan seterusnya, saat-saat kritikal ummi di CCU hingga ummi menghembus nafas terakhir. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada hambaMu ini. Amin.

Amani


4 comments:

  1. 29 APRIL 2009,
    Tiba-tiba hati tergerak untuk pergi ke Perlis, suatu kekuatan yg menolak..ada ke tiket?? maklumlah cuti labour day..mlm tu pg cari tiket d stesen shah Alam.. alhamdulillah ada tiket KGR-S.Alam 1 sit.. pusing2 dapat la tiket ke perlis sit yg terakhir jugak.. knp la ht ni melonjak sgt nk pg perlis..??

    30 April 2009,
    S.ALAM-KGR bertolak JAM 1 PG..tiba jam 8.30pg, husni ambil di stesen bas kgr...ana bgtau husni, ana takde perancangan khusus,cuma ingat nak bercuti..dan mcm biasa, jika perlis biasanya ada 3 keluarga yg ana akan cari..

    1 MEI 2009
    SIANG

    Oleh krn sampai dh pg,jd ana berehat shj d rumah husni smpi lepas zohor,pastu ajak dia pg kangar, nak beli jajan utk ummi sblm pg umah dia.. nk pg umah ummi aje kot kali ni, umah k lang dn mck onen x smpt kot.. sbb esok pg dah nak balik s.alam..

    MALAM:

    Kami sampai rumah ummi dlm lepas maghrib.. ustaz yg buka pintu, lucu jugak bila ustaz kata pelajar yg sampai..(ummi yg bgtau) ummi kata, dia ingat pelajar matri mai.. rupanya bekas pelajar.. masa kami sampai ummi sedang bersiang rebung d pintu dapur.. ummi mmg x leh diam,itu lumrah..sape pun tahu.. ummi kata: “rajin naa, mai perlis mesti mai tengok ummi”

    Bersembang dgn ummi, kita boleh cerita semua perkara..Mlm tu ummi cerita mcm2, mula2 ummi kata umah ni agak bersepah, sbb baru lps kenduri anak k amani..ummi tunjuk kulit lengan dia dah nak baik, wlpn d kaki masih merah, katanya dia makan gambir dan jamu.."amboih ummi mcm org muda mkn jamu" sambil berseloroh ana membalas.. ummi BERSUNGGUH2 suh kami mkn..ana x cadang nak mkn umah ummi sbb mak husni dah masak d rumah,ttp bila tgk lauk kulat masak lemak,tak tahan plk rasanya..ada lauk sayur,udang celup tepung dn bbrp lauk lain lg atas meja tu,ummi suh potong buah betik,pelam harum manis dll..ummi duduk, “ummi suka hat ni,” sambil menjamah roti telur yg katanya dibuat pg itu... ana mkn jgk nasi,setelah di suruh berkali2 oleh ummi.. sambil makan, ummi masak sejenis lg lauk, bendi yg di goreng dgn ikan bilis, beriye2 ummi suh tggu ummi nak masak lauk tu supaya kami boleh rasa.. sambil masak ummi cerita, anak k amani dtg tdo umah.. ummi ajar dia org cara2 basuh pinggan, “k amani ada org gj, jd anak dia x prnh basuh pinggan” kata ummi.. “dulu2 ummi ajar k amani buat semua keje rumah,jd k amani mmg pandai buat keje umah” tambah ummi lg..kami sambung bersembang sambil mkn di dapur ummi itu.
    “Ustaz x mkn di luar, jd ummi kalo p mana2 pun, mesti balik utk masak mkn ustaz” cerita ummi pada kami..”ada sekali tu,adik2 tkt 4 ajak ummi p bukit ayaq,ummi balik lmbt,sampai d rumah,tgk2 ustaz dok depan dapoq tgh pegang sudip,sambil ddk atas kerusi” sambil ketawa ummi bercerita..

    ReplyDelete
  2. Lepas makan kami tolong basuh pinggan, yg agak bnyk di dlm sink.. ummi x abis lg suh mkn buah pelam, suh nyecah, suh mkn itu dan ini,.. “ nah, amik ayaq 100 plus ni, ummi amik dari umah k amani”.. x tahu knp, ana rasa mlm tu ummi sgt bersungguh ingin menjamu kami.. “zai, berani dak p amik buah pelam bkang umah ummi?”.. ummi seakan mendesak.. “ ish, toksah lah ummi, gelap ni, x berani la “ ana menolak permintaan ummi.. spt biasa, ummi lesap di dlm kegelapan, dan kembali dgn buah pelam harum manis+pelam epal dll dlm plastik beras.. “yg ni nnt masak dgn daging, sedap”.. ummi ajar ana masak buah kundur yg ada dlm plastik beras tu..

    Sebelum ke ruang tamu, ummi sempat kata “ terima kasih la beg tu,bg kat ummi ka?” Sambil tersenyum dan menggangguk ana jawab” hmm..x ada apa pun nk bg kat ummi”.
    Ummi tanya , “ nak balik dah ka?,tolong buka blog auni, sejak dpt cucu baru ni, ummi dah lupa rupa auni”. Ummi keluarkan lapotop, ana sempat jenguk bilik bawah tangga tu, “anak k amani mai tidoq sini” seolah2 cuba menerangkan pada ana ttg tilam yg masih ada di lantai..

    Ana buka blog auni, bila tgk gambar baru x bnyk, ana buka facebook ana, tunjuk gambar ali n family,.. terserlah kegembiraan d wajah ummi apabila menatap wajah auni..gambar ali dgn kebunnya,”kereta ni dia modified, patut x boleh ni” ummi merujuk pada gambar kereta ali.. ummi ulang 2- 3 kali, “ummi dah lupa rupa auni”.. ummi senyum, ketawa tgk gambar2 tu..ummi ajak ustaz tgk gambar tu skali, kemudian ummi dan ustaz nk mkn mlm(ummi x nak mkn dgn kami,sbb dia kata nak teman ustaz mkn), kami pun mohon untuk balik, “ tok sah tutup la laptop tu, biaq ummi nak tgk lg”..

    Di luar…
    ummi tunjuk buah pelam yg berbuah lebat di atas kepala kami.. setelah bersalaman, ummi sempat bgtau yg ummi nak pg umrah dgn ustaz nnt.. “ ummi kena doa untuk ana” pesan ana pd ummi.. “ha, ummi kena catat ni, nnt lupa” jawab ummi.. kami melambai kpd ummi di dalam kegelapan malam……………………………


    k amani,
    sekadar berkongsi, saat2 akhir bertemu ummi.. mohon maaf x dpat pg ziarah tempoh hari.. sewaktu mendapat berita pemergian ummi +- jam 6.25 ptg khamis, buah kundur masak dgn daging yg ana masak, buah pelam harum manis masih berbaki di peti ais.. sedih k amani.. ana menangis dan terasa sungguh pemergian ummi,wlpn mgkn kami jarang jumpa, tp rupa2nya baru ana perasan yg ummi sebenarnya di hati ana selama ini.. setiap kali pg perlis mesti nak jumpa ummi, ustaz, k lang n famil dan jg mck onen..bila mengenangkan akan dtg, jika pg perlis ummi dah xde, ht ana jd sayu dan pilu,..ana doakan ummi berserta para mujahid, mukminin,salafussoleh di sana..ameen

    ReplyDelete
  3. Takziah kepada Al Fadhil Ustaz sekeluarga.Semoga pahala berterusan kerana sedekah jariah,ilmu yang bermanafaat dan anak-anak soleh yang mendoakan. Dari Kak mariyah sekeluarga,Klang

    ReplyDelete
  4. sy sygkn ummi..
    n pd albiruhi..
    xsume org dpt peluang mcm 2..
    sy pon xdpt pluang mcm 2..
    kali trakhir jpe ummi time raye 2008..
    itu pon trdetik nk prgi ke prlis..
    n beraye kt uma ummi...
    sy rindukn ummi..~

    ReplyDelete