Blog ini mengambil nama sempena nama ummi memuatkan kenangan bersama ummi dan abah, tazkirah dan pengalaman hidup dan bahan-bahan untuk dikongsikan bersama
Sunday, December 6, 2009
Syair Arab 2: Mata, telinga dan lidah
Terjemahan :
Sesungguhnya Allah menjadikan manusia dengan dua mata # tetapi ramai manusia melihat dengan sebelah mata sahaja.
Sesungguhnya Allah menjadikan manusia dengan satu lidah dan dua telinga # tetapi ramai manusia bercakap dua lidah dan mendengar dengan sebelah telinga sahaja.
Cukup bertepatan syair Arab di atas. Memang ramai manusia sering menggunakan sebelah mata dan sebelah telinga tetapi sering menggunakan dua lidah (lidah bercabang) bila berbicara. Moga kita tidak tergolong dalam kategori 'ramai manusia' tersebut.
Kita sering menggunakan kata-kata hikmah dari sarjana bukan Islam dan kata-kata dalam bahasa Inggeris...tetapi kurang didedahkan dengan kata hikmah sarjana Islam dan dalam bahasa Arab. Peluang ini kuambil untuk berkongsi sedikit yang ada untuk semua. Moga bahan/ilmu ini disebarkan terutama untuk pelajar, pekerja dan insan-insan yang menghargainya. Angan dan harapanku....akan kulampirkan semua kata-kata hikmah dan syair dalam bahasa Arab ini dalam sebuah buku..tapi tak tahulah boleh jadi kenyataan ke tak?
Saturday, December 5, 2009
Bagaimana kasih sayang kita?
Jika 20 tahun dulu, kulihat abah seorang yang cukup segak..cergas dan banyak menghabiskan masa dengan amanah yang digalasnya. Bila kulihat sekarang, abah dah semakin uzur. Badan abah semakin kurus, sekarang abah belum dapat berjalan tanpa tongkat. Malah... abah terpaksa guna tongkat 4 kaki sebab kaki abah tak kuat..kalau guna tongkat biasa , abah nak jatuh..abah cakap, rasa paha dan lutut abah lemah nak melangkah. Menitis airmata ini melihat keadaan abah. Berbisik dalam diri, mampukah kuberbakti sebaik mungkin menjaga abah bersama anak-anak yang lain sebaik abah menjaga dan mendidikku sejak dilahirkan. Tadi baru kubersembang dengan Akram, Ayan isteri Akram dan suamiku, mengimbau kisah-kisah dahulu. Abah tidak pernah marah padaku masa dulu-dulu..kutanya Akram pasal apa ye abah tak pernah marah kakak, Akram dan Ali abah marah gak dulu-dulu. Akram kata, "macamana nak marah..kakak kan anak perempuan sorang". Abahlah yang menyedarkan diriku tentang nikmat Islam yang hakiki.
Kurasa terkilan juga tak lama jaga ummi masa ummi sakit. Arwah ummi jarang sakit teruk. Waktu arwah ummi sakit, kumasih dalam pantang lepas bersalin. Akramlah yang bertuah sebab dapat jaga ummi banyak hari di wad. Kumasih ingat, masa arwah ummi sakit..di mulut ummi asyik sebut dan tanya, macamana abah? abah makan apa?. Walaupun tengah sakit, masih bimbangkan makan minum abah.
Bagi yang sudi membaca dan menatap coretanku ini, rebutlah peluang yang ada.Kalau masih punyai ibu dan bapa, jagalah mereka sebaik mungkin..luangkanlah masa bersama mereka. Telefon dan tanyalah khabar selalu kalau berjauhan. Tanya dalam diri, pernahkah kita hadiahkan sesuatu pada mereka, masakkan makanan kegemaran mereka, urut badan mereka yang semakin tua, suapkan nasi, sikat rambut mereka, basuh baju mereka, doakan kesejahteraan mereka, dan tidak melukakan hati mereka. Bila kita kehilangan mereka, barulah kita rasa terkilan banyak yang tidak kita lakukan untuk mereka. Peluang itu tiada kali kedua.Bila peluang itu dah tiada, kita akan terkilan seumur hidup. Ibubapa tiada dua atau tiga. Merekalah ibubapa satu-satunya dunia akhirat.Percayalah...masa yang kita luangkan untuk ibubapa kita tidak sia-sia. Setiap saat kita berbakti pada mereka dihitung pahala.Walaupun sebukit masa dan tenaga kita luangkaan untuk mereka tidak setimpal masa, tenaga dan kasihsayang mereka tumpahkan pada kita sejak dalam kandungan hingga dewasa.
Ibubapa selalunya tahu dan arif makanan kegemaran anak..bila pulang ke kampung..mak kita akan masakkan makanan kegemaran kita. Kita perlu tahu makanan kegemaran ibubapa kita, sekali sekala masaklah untuk mereka walaupun anak lelaki. Ibubapa kita pasti terharu dan gembira jika kita hadiahkan sesuatu walaupun tidak mahal tanda mereka di hati kita. Kuingat lagi, suatu hari abah nak pergi makan dalam majlis diraja Perlis..kena pakai baju kod penuh. Abah pun cari baju kod sepasang.. dah nampak lama..malah dah terkoyak tepi leher baju. Bila kulihat baju tu..berbisik di hati, kesian abah. Esok kubawa abah ke kedai jahit. Minta abah pilih kain...jelas terserlah di wajah abah..gembira. Bila baju tu dah siap lepas dua minggu, abah sangkut baju tu tepi katil, abah pakai dan tunjukkan padaku. Walaupun harganya tak mahal tapi bila hadiah tu dari anak.. mereka akan gembira. Terserlah di wajah abah kegembiraan itu.
Banyak yang masih perlu kufahami dan kongsi dengan abah. Baru-baru ini baru kutahu dari abah, abah belum pernah ke Cameron Highland. Baru-baru ini, kuterpaksa jadi pengiring student ke Cameron Highland..kebetulan waktu tu Akram ada Seminar. Jadi abah tak dak yang teman. Jadi kutanya abah, " Bah nak ikut adik ke Cameron Highland dak? Adik kena bawa student ke sana." . Abah kata, "Boleh jugak, abah pun tak pernah pi lagi sana.". Ya Allah, kasihan abah... dia belum pergi ke sana sedangkan anaknya ini dah lebih dari 5 kali pergi. Malu sungguh rasa hati. Tapi akhirnya program tu cancel. Kujanji dalam diri, lepas abah sihat nanti...kami akan bawa abah berehat kat sana. Moga kami ada ruang untuk tunaikan janji itu..dan moga abah cepat sembuh.
Thursday, December 3, 2009
Bahasa Puisi Lukisan Hati 1
Terjemahan :
Cebisan kisah anak abah
Akram dah balik ke Perlis, dia akan ke KL bila kupulang ke Perlis, kami bergilir jaga abah. Kubergilir urut abah dengan Adik Ali. Sambil urut abah..kupandang wajah abah dalam-dalam... abah yang kusayangi dah semakin uzur, tapi semangatnya cukup kuat. Dulu arwah ummi yang urut abah tiap-tiap hari, kini tangan anak-anak yang menggantikan tangan ummi. Malah, anak-anak didik abah juga bersama urut abah. Tiba-tiba, terbit persoalan dalam hati, berapa lama Allah beri peluang untuk kami berbakti pada abah, adakah peluang menyentuh kulit tua abah masih panjang atau sebaliknya? Kupandang lagi wajah abah...rambut abah dah makin banyak uban, garis-garis di muka abah juga banyak. Bila tangan terus mengurut abah..Ya Allah, badan abah dah semakin kurus. Abah tidur nyenyak..malah kadang-kadang terdengar suara dengkuran. Alhamdulillah... dah lama abah susah nak tidur nyenyak. Waktu abah sakit teruk, lepas subuh baru abah boleh tidur.
Hati kembali bersuara, minda kembali berfikir... ada hikmah susunan dan tentuan Allah, mengambil arwah ummi dulu sebelum abah... Allah memberi peluang pada anak-anak abah berbakti pada abah, menjaga secara langsung, lebih akrab dan memahami diri abah. Bukan saja anak-anak kandung abah...malah anak-anak didik abah berganding bahu, saling menjaga abah. Abahlah bapa yang paling beruntung..mempunyai ramai anak-anak didik yang sangat prihatin, ikhlas dan kasihkan abah. Kudapat semangat dan kekuatan dari keikhlasan dan kasihsayang mereka pada abah...kasih kerana Allah, kasih dalam mencapai keredhaan Allah. Moga kasih itu berkekalan hingga ke akhirnya....
Saturday, November 28, 2009
Us Dahlan semakin pulih..
Kondisi Abah hari ini.....
Pagi ini, raya kedua... kami di sisi abah. Akram dan Ayan tidur di HUKM. Pagi ini abah kelihatan semakin pulih walaupun masih nampak lesu. Tadi abah makan ice cream HPA... banyak juga. Lepas tu, abah sakit perut..rasa sebu... memulas. Doktor datang, dia cakap hasil scan..ok, ada batu dalam hempedu..akan dioperasi bila tubuh dah sihat. Paru-paru ada infection...sambung bagi antibiotik. Pastu..platlet dah naik 110. Cuma virus di usus tu yang masih dalam observation. Kemungkinan hari Isnin nak kena masuk spot dalam usus (tak berapa faham istilah doc.. rasanya masukkan kamera kecil ikut dubur kot). Baru dapat lihat apa yang berlaku dalam usus abah. Lepas abah diurut olehku dan cucu (Aufa, anak sulungku) abah terus nak kebilik air. Kutanya abah..warna najis abah...kata abah warna hitam. Dulupun warna najis arwah ummi - warna hitam juga. Doktor ajar abah senaman untuk kuatkan paru-paru abah. Ada 5 step. Suamiku beli nasi lemak. Abah nak cuba makan nasi lemak...dapat makan 2 suap, alhamdulillah . Abah nampak bersemangat semula. Wajah pun nampak ceria sikit. Tapi kaki masih lemah. Abah tak boleh tak diurut...kami terus-terusan urut abah, berganti-ganti. Sendi-sendi abah lenguh dan sakit.
Kami terhutang budi pada anak2 didik abah, doktor2 yang diketuai oleh Prof Dr Zamrin, pakar Kardio. Walaupun hari raya..tetap bersama menjaga abah. Kuterharu dengan pengorbanan mereka, mereka jaga abah macam ayah mereka sendiri.
Opps, sambil kumenulis...sebelah tangan urut abah. Abah dah lena. Kulihat abah mengigau dalam tidur. Tangan abah macam tengah menulis, tak pasti apa yang abah ngigau dalam tidur. Semalam, abah mengigau...cakap Arab.
Lama tak kucatatkan apa-apa di blog ini. Nak menulis di blog ni pun kena bersama hati. Bila meluahkann di sini, hati rasa lega dan puas..seolah-olah berkongsi dengan seseorang... mula-mula taip ganti diri 'ana'. pastu delete sebab kalau tulis ana macam tak selesa sebab ruangan ini luahan hati seorang anak.. 'ku' lebih selesa.
Sakit Denggi abah.....
Hati tertanya-tanya, mengapa abah dapat denggi macam ummi..nyamuk tu ada di Semadung (kebun abah) atau di halaman rumah abah?. Nyamuk Aedes hanya gigit waktu subuh dan senja aje... Abah selalu gak bagi makan ikan keli lepas subuh. Kolam ikan keli tu di belakang rumah. Sebenarnya ikan keli tu arwah ummi yang beli..banyak. Waktu beli masih anak keli. Jadi, bila ummi dah tak de..abahlah yang selalu bagi makan. Abah sayang sangat pada ikan-ikan keli tu. Waktu petang abah banyak luang masa di tepi kolam. Sambil bagi makan ikan keli..abah letak kerusi tepi kolam...sambil termenung. Kuyakin..abah termenung mengingatkan arwah ummi.
Friday, November 27, 2009
Bagaimana sakit abah?
Balik dari Mekah kali ke 2, abah sakit-sakit. Mungkin keletihan perjalanan kerana pergi bersama rombongan Raja Perlis..banyak negara yang dilawati.
Abah pergi Semadung (kebun yang selalu abah&arwah ummi habiskan masa petang & cuti) dengan Pak Usu dan pelajar MATRI (Khassah). Balik dari Semadung, abah rasa tak sedap badan. Tapi hari Isnin abah gagahkan diri pergi MATRI walaupun tak sihat. Hari demi hari, badan abah makin lemah..demam panas, terbaring aje atas katil...selalunya abah rajin baca kitab dan menulis, abah kata mulut rasa pahit...tak lalu makan. Macam-macam kami ikhtiar/masak..tanya abah apa yang teringin makan..hari demi hari abah makin lemah. Dari nasi.. abah hanya makan bubur nasi..dari bubur nasi ... hanya air didih nasi. Dia bagitau dia langsung tak boleh tidur..( mungkin bimbangkan Us Umar..).Seluruh badan abah sakit dan lenguh. Kami bergilir urut badan abah. Ada pelajar MATRI yang datang urut abah. Muka abah makin pucat. Dia hanya banyak minum air zamzam. Akram bagitau.. kakak, kita bawa pi klinik. Tiap-tiap hari Pak Usulah yang check tekanan darah abah. Tok dan mak Usu masak macam-macam untuk abah. Aku cukup terharu dengan pengorbanan Pak Usu dan Mak Usu. Perhatian mereka tak pernah berkurang walapun Ummi dak ada. kubawa abah ke klinik Ehsan (dr Ismail) Akram pergi dulu ke Kangar dan dia tunggu di klinik. Abah di sebelah. Kulihat abah uzur walaupun dia sembunyikan kesakitan dan keperitan menahan sakit. Sebelum ini, hari Sabtu kubawa abah ke Putra Medical Centre (PMC). Waktu itu, doktor tak kaitkan demam abah dengan denggi. Balik dari klinik..hari-hari seterusnya kesihatan abah makin teruk. Kami berbincang ... nak masukkan abah di Hospital Kangar. Abah tak nak.. dia nak check kat abang (Dr Akmal) di KL. Mulanya nak pergi hantar dengan kereta.. tapi kondisi abah sangat lemah, perjalanan jauh lagi memenatkan badan abah. Suamiku cadang pergi dengan flight. Malam itu juga ambil tiket flight ke KL. Tengok dalam internet..semua tiket sold out. hanya Firefly aje yang ada. Tak pelah... asal sampai. Pagi tu..kondisi abah makin lemah..dah tak boleh berjalan..tak ada tenaga. Suamiku tanya.."Ma boleh ke pergi sorang bawa abah ni?". Kujawap," Insya-Allah, Allah bersama Ma." Aku perlu kuat semangat... Akram hantar hingga ke Airport A.Setar. Masalah timbul.. Firefly kena naik tangga 5 anak tangga. Mcamana bah? Tanyaku pada abah, abah jawab," Insya-Allah boleh." . Kusorong abah dengan kerusi roda. Di Subang, abang Akmal dah tunggu. Kami terus ke Hospital Gombak.(tempat abang kerja). Abang terus pasang drip kat abah. Fligt balik petang itu juga sebab tak bawa baby bersamaku. (baby masih menyusu badan). Berat rasa hati nak tinggalkan abah. Kupujuk hati, abang Akmal ada di sisi abah.
Hari Sabtu, abang call ..abah kat rumah abang, suspek denggi sebab platlet rendah. Bila fikirkan semula memang sakit abah mirip arwah ummi...demam, tak lalu makan, lenguh satu badan..sakit perut.. Ya Allah.. berat rasa ujianMu ini. Hari Ahad kupergi ke KL bersama Akram dengan kereta (bawa baby sekali). Sampai di rumah a.Akmal, lihat abah pucat tak bermaya. Macam-macam anak2 murid abah bawa untuk abah. Abah hanya minum air zamzam. Malam tu, kutanya abah teringin makan apa? Abah nak makan bubur pulut hitam. Lama dah kutak masak bubur pulut hitam. Kucuba masak, kak Siti Hilmiah juga bawa untuk abah..sikit aje yang dimakan. Satu pagi.. abah bagitau teringin makan 'roti lenggang'. Waktu arwah ummi ada, pagi-pagi abah selalu makan roti lenggang. Mengalir airmataku.. abah teringin masakan ummi, bila kuhidang...dia gagahkan diri untuk makan. Alhamdulillah. Petang itu, abah mengadu sebu perut dan sakit perut sangat2, di bibir abah terdengar abah sebut..Allah..Allah. Abang Akmal cucuk ubat tahan sakit. Anak2 murid abah (doktor2) berganti memantau kesihatan abah. Mereka lihat kondisi abah makin teruk. Mereka cadang abah dimasukkan ke HUKM.
Raya Haji ini kami raya di KL bersama abah. Sayu rasa di hati.... pagi raya tak dapat ziarahi kubur ummi. Semua anak-anak ada di sisi abah. Malah anak-anak abah bukan hanya 4 orang, ramai.... anak-anak abah sentiasa mendoakan untuk abah walaupun di mana mereka berada, macamana mereka mendoakan untuk arwah ummi. Pagi raya ni.. walapun sebak rasa di dada melihat keadaan abah dan merindui ummi..kunangis dalam hati, biar abah lihat anak perempuuannya ini kuat hadapi ujian Allah. Pagi tadi doktor bagitau.. platlet abah dah makin tinggi tapi masih tak 100% sembuh denggi tu, ada batu dalam hempedu, buah pinggang abah juga ada masalah. Ada jangkitan paru-paru dan diberi antibiotik. Perut abah masih sakit. Doktor kata ada radang di usus. Pakar mungkin akan check lebih detail dan cari punca abah sakit. Adakah kesan dari denggi atau ada sesuatu di usus abah. Aku jadi resah untuk menunggu keputusan tu. Mungkin esok doktor operasi... malam ni abah dah mula mau makan bubur nasi sikit...kumasak campur sayur2. Abah kata, nak makan moi dengan ikan talang kering. Pagi esok akan kumasak. Esok nak pi cari burung puyuh..nak buat sup sebab bila kutanya nak sup ikan/ketam, abah jawap tak lalu makan. Bila kutanya nak sup burung puyuh dak? Abah kata boleh juga nak cuba kot mau makan.
Saturday, June 13, 2009
Cerita Cucu Tokmi
Bagaimana keadaan Abah?
Abah seorang yang cukup tabah dan kuat. Tapi jelas di raut wajah abah kesedihan dan rasa kehilangan. Abah tidak perlu pengganti ummi. Ada yang cuba mencadangkan agar dicari abah pasangan hidup yang baru....bagiku sebagai anak, mereka yang mencadangkan itu tidak benar-benar memahami abah. Abah dan ummi telah hidup bersama selama 42 tahun. Malah, hubungan hati mereka sejak seebelum abah ke Bagdad lagi. Dalam tempoh ini (sudah cukup sebulan), abah dalam proses penyembuhan hati abah yang kehilangan. Jika berbual dengan abah, dia masih suka bercerita tentang ummi. Sekarang, kulihat abah lebih selesa memandu kereta Myvi Ummi berbanding Volvonya. Malah, abah setiap hari pergi ke MATRI walaupun sekarang cuti semester. Pasti abah rasa lebih dekat dengan Ummi kerana ummi dikebumikan di tanah perkuburan hampir dengan MATRI. Yang mengharukan diriku, selimut yang dibeli ummi untuk abah menjadi barang yang amat berharga bagi abah. Abah bertanyaku, ada amani nampak selimut tebal bunga pink ?. Aku menjawab, tak dak abah. Abah nak selimut? Aku memberi selimut yang ada di dalam almari. Kulihat abah masih mencari-cari selimut yang dikatakan itu. Seharian abah mencari. Bila berjumpa selimut itu, abah berkata, "Selimut ni ummi baru beli kat KL". Baru kuingat, selimut itu ummi beli untuk abah. Abah letak atas bantalnya. Selimut itulah yang dipakai abah setiap malam.
Ramadan ini abah akan pergi Umrah walaupun tanpa ummi. Sehari sebelum ummi tidak sedarkan diri, kami anak beranak..di samping ummi di wad 1. Abah bagitau ummi, tarikh ke Umrah ditunda ke bulan puasa. Ummi menjawab,"Mah (ummi membahasakan diri 'Mah') tak pi, abang pi lah dengan Akram. Akramlah teman abah, na". Kujawab pada ummi," Insya-Allah, ummi boleh pi..dah sembuh dah.". Tapi Ummi tak respon kembali jawapanku itu. Kutahu, walaupun abah berat dan sedih untuk ke Umrah tanpa ummi di sisi, tapi abah tetap pergi sebab ia seolah-olah permintaan ummi. Begitu kuat ikatan cinta abah pada ummi. Seperkara lagi, sebelum ummi meninggal dunia...ummi sering bagitau diriku..bagitau abah dan Akram...bilik library dan dapur rumah ni teruk sangat, penuh dengan anai-anai. Ummi asyik sebut nak renovate bahagian library dan dapur tapi tak sempat. Minggu lepas, abah cuba planning tunaikan amanat ummi..abah lukis plan untuk itu. Kuat hati ini menyatakan... abah cuba sedaya mungkin menunaikan apa yang menjadi permintaan dan amanat ummi. Itulah yang perlu ditanya dan dibantu oleh sahabat-sahabat abah, bukan mencadangkan sesuatu yang mungkin melukakan hati abah, juga hati anak-anak . Masanya tidak sesuai. Aku cukup terkilan bila Acu menceritakan hal itu. Begitu juga dengan mak ummi. Malah airmata ini cukup mudah mengalirkan airmata.
Ramai yang melihat dari luar.. abah dan ummi mempunyai karektor yang cukup berbeza..abah seorang yang sabar, pendiam, dia hanya bercakap sesuatu yang penting...ummi pula agak kurang sabar, ramah, mudah mesra dengan orang walaupun baru berjumpa. Tapi perbezaan itulah pelengkap. Bagiku sebagai anak.. malah anak perempuan tunggal... kehidupan dan ikatan erat suami isteri antara ummi dan abah menjadi contoh utama bagiku, terlalu istimewa hubungan mereka. Abah walaupun nampak serius dan pendiam, tapi bila di samping ummi..dia mampu tersenyum, ketawa (walaupun ketawa kecil) dan berjenaka. Waktu abah marah atau nasihat isterinya, ummi tak pernah menjawab balik...dia hanya diam. Malah, abahlah yang mengajar ummi memasak. Dari kecil hingga setelah kuberkahwin, bila aku ke rumah abah, kulihat abah dan ummi masak bersama terutamanya waktu makan malam. Cukup loving..ummi masak satu jenis, abah satu jenis... Masakan kegemaran abah, ikan goreng cili (cili hidup goreng kering), gulai lemak rebung, ikan bakar. Satu lagi yang paling abah suka, keropok jangat goreng cili. Keropok tu hanya ada di Padang & Sumatera aje (sebab abah asal bukit tinggi, padang, sumatera). Setiap malam, sebelum tidur ummi kena picit dan urut abah. Sekarang, adikku Akram dan cucu-cucu abah (anak-anakku) Aufa, Atfa, Asla dan Ashmal. Anak-anakku masih kecil, jadi abah suruh mereka pijak belakang abah.
Setelah bermesyuarat adik beradik kami berempat, Akram dan isterinya Ayan akan tinggal dengan abah. Tapi Ayan masih mengajar di Tanjung Piandang. Dia akan mohon pertukaran hujung tahun ini. Dalam masa ini, aku dan keluarga berpindah ke rumah abah. Suamiku setiap pagi sebelum ke tempat kerja akan pulang sekejap ke rumah kami di Arau. Hujung minggu aku dan keluarga akan pulang ke rumah di Arau sebab Ayan pula yang mengganti. Ali adik bongsuku yang mengajar di Sabah juga akan mohon berpindah ke Perlis. Hanya abang sulungku yang tinggal jauh di Kuala Lumpur sebab dia dah bermukim di sana, dah beli rumah di sana. Abah kelihatan semakin ceria wajahnya... terutama melihat kerenah anak lelaki ke-4ku, Ahmad Ashmal yang ramah...dan baby boy yang baru 2 bulan..dah pandai senyum dan beri respon bila mengacah.
Babyku tak nak minum susu tepung...macamana ye? Minggu depan dah nak kerja. Opss... dia dah bangun dan merengek...kita sambung esok pulak,k. Wassalam
Tuesday, May 26, 2009
Catatan Tazkirah Ummi
Ummi Halimaton
Insya-Allah...ana akan sambung untuk catatan yang ditulis ummi sepanjang hidupnya.
Sunday, May 24, 2009
Bagaimanakah sejarah hidup Ummi?
Saturday, May 23, 2009
SAJAK MIMPI
Jerebu terus melanda hati
Bulan suram di bibir langit berkaca
Sedang dia tenang di pelukan cintaNya
Malamnya mimpi ngeri meracau
Dihantui gerombolan dua wajah
Bersama keris terselit
Mengacu keegoaan pembina
Siapa sasarannya?
Siapa mangsanya?
ya Azzawajalla
Mengapa begini
Sedang dia tenang di pelukan cintaNya
Serunya yakin dan mesra
Mimpi itu mainan belaka
di hatiku surah Al-Ankabut
bertahta...
di sanalah kita
Walau menyusul mimpi bercandu sedu
gerombolan dua wajaah bertaring merah
mengikat mengheret sasaran
menghembur caci nesta
kan dibawa ke sempadan
kepuasan berpeta di dada
kesalan meronta melata
kasihanilah dia
pejuang kecil berwawasan
sedang dia tenang di pelukan cintaNya
serunya mesra mimpi itu lumrah dunia
suburkan di jiwa surah al-Mulk
Malam itu
kau datang lagi tanpa undangan
dengan api menyala di tangan
ingin membakar MATRIku
tidak.............!!!
dia wasilah redhaNya
sumber pembangunan ummah
menjerit hati menghambat segala
sedang dia tenang dalam pelukan cintaNya
Keringkan airmatamu, sayang
Allah ada...
kebenaran pasti penghapus kebatilan
tanam dalam-dalam di kalbu
Persetankan segala mimpi
igauan penggerak rasa
hakikatnya ketara
tiada jalan tanpa likuan
tiada pendakian tanpa curangan
Sinarkan tuju
Perkasakan amal
Sama mara berjuara
meniti di ambang syurga
Amin...
Nukilan :
Ummi Halimatun 1997
Friday, May 22, 2009
HARI-HARI TERAKHIR UMMI DI CCU
12hb Mei 2009 (Selasa)
Pukul 11 pagi, aku menelifon Ummi. Suara Ummi ceria sekali..lama kami berbual..dia kata Ummi dah sihat, mungkin esok boleh balik dah. Aku tanya Ummi nak sup ketam (untuk pulihkan demam denggi)? Ummi kata tak nak, teringin nak makan ikan bakar..nanti nak pesan kat Abang Akmal. Tanya ada sape dengan ummi..Ummi kata Akram. Abang Akmal balik tidur, mungkin tak selesa tidur di wad. Ummi tanya Audad, babyku masih menangis malam? Dia masih lagi menangis malam. Aku bagitahu ummi lepas zohor nanti aku dan suami akan ke wad menziarahi ummi.
Aku amat sebak melakar kenangan ini...sambil menekan huruf, airmataku membasahi pipi...aku tidak mampu meneruskan cerita sedih ini....semoga ummi dilindungi Allah dan dirahmatiNya. Semoga rohnya bersama orang-orang yang beriman.Amin.
Thursday, May 21, 2009
Kenangan Hari-hari Terakhir Ummi
Anakku, Ahmad Audad dah berusia 21 hari. Entah kenapa dia mula menangis malam, bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi. Ummi hari-hari datang melawat Audad semasa aku berpantang di rumah sendiri. Aku lebih senang berpantang di rumah sendiri kerana tidak mahu membebankan ummi dan abah. Hari ini, ummi kasihan melihatku sakit kepala kerana tidak cukup tidur.Dia pergi mengambil ubat cara kampung di Repuh. Petang itu, lama ummi singgah di rumah. Dia membawa air penawar dan minyak untuk diletak di peraut baby. Sambil melihat Audad, ummi banyak bercerita denganku. Dia baring di atas tilam kuberpantang. Dia memberitahuku sekarang dia cepat letih.Ummi kata, dah hari-hari tengok Audad, lupa pulak macamana rupa Auni, anak Ali. Aku cuba berkongsi dengan ummi. Kataku, Akram ada berbincang.. dia sanggup tinggal dan jaga ummi dan abah...mungkin bulan 9 ni Ayan akan minta tukar ke Perlis. Tapi Akram tak pasti adakah rumah yang abah ummi tinggal, dijanji untuk Ali. Akram rasa tak sedap kalau memang berjanji untuk Ali. Akram minta kakak bertanya pada Ummi. Ummi bagitau dia tidak pernah berjanji rumah itu untuk Ali. Dia kata, Ali tak bolehh duduk di Mata Ayer, Akram yang boleh tinggal dengan abah...(tanpa sebut namanya). Kakak Amani dan Abang Akmal dah ada rumah sendiri. Abah tentu tak nak tinggal di rumah anak2....dia nak tinggal di rumah sendiri. Waktu itu, aku tidak terfikir pun bahawa ummi langsung tidak menyebut namanya. Ya Allah...kenapa waktu itu tidak terlintas di fikiranku bahawa ummi memberi bayang. Cuma minta Ummi ...jangan robohkan rumah itu, perbaiki sahaja yang rosak terutama bahagian perpustakaan ke dapur.
Dalam sembang dengan ummi, dia buka perbincangan tentang Unimap... adakah aku dah bulat hati nak nak terima tawaran unimap. Aku berterus terang bahawa rasa kurang berminat berpindah ke sana dan berat untuk tinggalkan IPP. Lagipun seniority dalam perkhidmatanku selama 12 tahun akan lupus. Ummi pesan..walau bekerja di mana pun, sambunglah belajar Phd. Ummi lebih suka kalau aku berpindah ke Unimap...sebab tak banyak keluar. Tapi aku dah tolak tawaran Unimap. Banyak yang kami berkongsi hari tu...
2 hb Mei 2009 (Sabtu)
Hari ini hari yang ke 22 aku berpantang. Kepala makin sakit kerana Audad makin kuat menangis. Dia tak kembung perut.Aku berganti dengan suamiku...kasihan dia, kena berjaga dan pagi-pagi kena pi kerja pulak. Tengahari mak ayah mertuaku datang ke rumah dari Perak. Mereka keluar pergi kenduri. Petang tu, dalam pukul 5.00 ummi telifon bagitau dia terseliuh dan sekarang di rumah Tok cik Tijah. Suamiku A.Zaini pergi ambik ummi dan tok balik ke mata ayer. Ummi bercerita, di kebun Semadung, dia sangka ular. Dia pun larikan diri sebab fobia dengan ular. 2 kali dia terjatuh...rupanya biawak. Kasihan ummi. Aku hanya boleh bercakap dengan ummi di telifon sahaja sebab x dapat keluar rumah kerana masih berpantang. Aku mencadangkan agar ummi telifon Akram sebab hujung minggu. Ummi kata kalau sakitnya tak hilang, dia akan call Akram.
3 hb Mei 2009 (Ahad)
Hari ini 23 hari aku dalam pantang. Audad makin menangis malam...hingga ke subuh. Aku dah buntu bagaimana nak ikhtiar. Telifon ummi tanya keadaan kaki ummi yang terseliuh. Dia bagitahu Akram bawa pi x-tray di klinik Menon... takut patah/retak. Alhamdulillah... tak patah/retak cuma terseliuh.Lepas pi klinik, abah, ummi, akram dan ayan pi makan di restoran di kangar. Ummi belum demam lagi.
4hb Mei 2009 (Isnin)
Audad tidak berubah....masih menangis malam. Telifon ummi, dia bagitau rasa macam demam. Mungkin sebab terseliuh tu kot, katanya.Tapi kaki terseliuh tu dah baik. Ummi gagahkan diri dia pergi ke MATRI. Ummi balik awal sebab rasa lemah dan pening kepala.
5hb Mei 2009 (Selasa)
Audad makin teruk sawan tangisnya...sampai ke subuh. Badanku rasa macam nak demam sebab tak cukup tidur. Call ummi untuk berkongsi masalah Audad dan bertanya khabar.Banyak hari ummi tak datang rumah. Selalu tiap-tiap hari ummi datang rumah. Ummi kata demam dia makin teruk. Dia minta ubat kat Acu tapi tetap tak berubah. Ummi kata rasa sakit semua badan...lain macam demam ni. Aku pun telifon Akram...aku nak pergi menjaga ummi, Audad makin teruk sawan tangis. Akram bagi tau dia tidak dapat balik sebab nak kena pergi Kuala Lumpur.
Malam tu, aku minta suamiku menghantar ummi ke klinik dan membawa bubur nasi untuk ummi. Ummi tak lalu makan. Suamiku membawa ummi ke klinik Balkis di kangar. Ummi nampak lemah sangat...doktor bagi injection dan ubat antobiotik pada ummi. Aku telifon ummi...rasa bagaimana? Ummi bagitahu rasa kurang sikit sebab kena inject.
6hb Mei 2009 (Rabu)
Pagi ini aku bangun lewat sebab Audad menangis dari pukul 12 tengah malam hingga 6.00 pagi. Suamiku pun pergi kerja lewat. Call ummi...ummi kata rasa kurang sikit tapi tetap tak lalu makan. Pukul 11 pagi aku kuatkan hati cuba drive kereta ke rumah ummi. Tok pun tak sihat... sebelum tu minta izin suami dulu..dia izinkan dan kata bawa hati-hati. Aku masak nasi bubur untuk ummi. Aku suap nasi bubur hanya 2 sudu..ummi dah tak mau. Ummi asyik tidur dalam selimut. Dia kata nak angkat kepala pun tak boleh. Kemudian, lihat abah asyik tidur di kerusi panjang. Aku menghampiri abah...tanya kesihatan abah..abah kata kencing manis dia naik, tekanan darah pun naik...mungkin sebab susah hati tengok ummi demam. Ummi selalunya kalau demam..dia cuba bangun jugak, tapi kali ini lain...dia asyik baring aje.Abah bagitau petang ni dan malam ni kena pergi chek semula kandungan gula dalam darah. Petang itu, suamiku balik kerja awal..bawa abah ke klinik. Malam itu, aku kirim bubur nasi pada ummi...suamiku lagi sekali bawa abah ke klinik. Alhamdullillah, kandungan gula abah turun. Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi suami yang amat memahami dan sanggup meluangkan masa membawa ummi dan abah ke klinik. Anak-anak yang lain jauh...di KL, Sabah dan Perak. Aku pulak masih dalam pantang dan rasa macam demam sebab dah hampir seminggu Audad menangis malam. Suamiku bagitau ummi tak berubah..malah muntah-muntah. Mungkin sebab tak lalu makan, angin masuk perut.
7 hb Mei 2009 (Khamis)
Ummi masih lagi demam. A.Akmal bagitahu..kena bawa ummi ke makmal chek darah & denggi sebab demam dah 4 hari. Suamiku bawa ummi ke makmal darah (private) di kangar. Dia bagitahu ummi berlainan sekali...lemah sangat, muntah dalam kereta. Keputusan darah tu esok baru tahu. Aku tak senang duduk... cadangnye nak tidur di rumah ummi tapi suamiku kata, lagi mengganggu ummi abah sebab dia asyik menangis malam. Dahlah ummi abah tak sihat, kena berjaga cucu pulak. Jadi, kami buat keputusan hantar bibik Idah ke rumah ummi, sekurang-kurang boleh tolong masak dan tolong apa yang patut. Call Akram, dia masih di KL, urusan Phd.Dia akan balik terus ke Perlis esok.Mungkin sampai esok malam.
8 hb Mei 2009 (Jumaat)
Pagi telifon suamiku tanya keputusan darah ummi..alhamdulillah denggi negatif. Abang Akmal call minta faxkan keputusan darah pada dia. Tengahari masa orang solat Jumaat, aku call ummi tanya perkembangan demamnya...dia bagitau demam tu rasanya dah kurang tapi rasa senak memulas. Aku bagitau ummi lepas zaini balik solat Jumaat, kami akan pi rumah ummi.Rupanya, ummi call abang Akmal. A.Akmal suruh abah bawa ummi ke hospital. Abah bawa ke hospital selepas balik solat Jumaat. Masa abah bawa ummi ke bahagian kecemasan, dimasukkan ke dalam bilik separa kritikal. Abah cerita lama juga tunggu giliran jumpa doktor.mereka ukur suhu badan ummi ...dak tak demam, tekanan darah 126/85 tapi disebabkan demam 4 hari , doktor ambik ujian darah. platelet ummi 15, rendah sangat...so, doktor suspect denggi. Ummi dimasukkan ke dalam wad 3 (1 bilik 4 orang), agak tidak selesa. Abah balik sekejap. Suamiku zaini take over. Dia lihat keadaan bilik yang ummi duduk tidak selesa, jadi dia berusaha mendapatkan wad first class (1 bilik 2 orang). Ummi pindah ke wad first class maghrib hari Jumaat. Abang Zaini tunggu di wad, kemudian Akram sampai. Ummi nak Akram yang jaga dia. Malam itu Akram jaga ummi. Aku di rumah menggelisah sebab dengar ummi suspect denggi. Rasa macam nak pergi jaga ummi di wad tetapi tak ada kemampuan dengan keadaan baby yang sawan tangis dan diriku yang tak sihat semasa dalam pantang. Mengapa ditakdirkan ummi sakit semasa aku dalam pantang. Dulu semasa ummi admit masa sakit psiorasis, appendic dan mata...akulah yang menjaga ummi tapi waktu ini...Allah tidak izinkan.
Amani