Nama kami Atfa Humaira, Aufa Afiqah dan Asla Sofia. Atfa berumur 9 tahun , Aufa berumur 10 tahun dan Asla berumur 7 tahun. Kami bersekolah di SRA Sri Melati, Tunjung, Perlis. Ibu kami bernama Amani bt Dahlan dan bapa kami pula bernama Ahmad Zaini bin Samsudin. Kami merupakan cucu tokmi dan tokbah yang ke 3, 4 dan ke6. Kami selalu tidur di rumah tokmi dan tokbah. Di rumah tokmi dan tokbah, tokmi selalu memasak makanan yang sangat sedap. Tokmi ajar kami basuh pinggan, masak nasi goreng dan telur goreng bawang. Kami selalu sapukan ubat di kaki dan tangan tokmi. Kami juga selalu memijak kaki dan memicit badan tokbah. Kami sangat sayang pada tokmi dan tokbah. Tokmi selalu buat perkara yang baik dan soleh. Kami rindu pada tokmi. Sekarang kami tinggal bersama dengan tokbah dengan mama dan abah dan adik-adik. Kami berdoa agar tokmi masuk syurga. Kami selalu pergi ke kubur tokmi selepas balik sekolah bersama abah. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan jadi orang yang soleh. Sekarang kami selalu memicit kaki tokbah. Kami berdoa agar tokbah sihat dan ceria. Tamat
Ditulis oleh;
ATFA dan AUFA
gambar cucu tokbah yg ke-9... di rantauan... rindu kat tokbah
ReplyDeletehttp://arfaauni.wordpress.com
Abah semakin sihat, cuma batuk-batuk. Waktu dia main dengan cucunya, Audad yang dah pandai senyum...nama Auni tak lepas di bibir Abah..Audad senyum nak macam Auni. Abah dah semakin lalu makan...abang akmal ada kirim keropok jangat kesukaan abah dan ustaz yazid bagi buah zaiton pada abah. Tapi kakak tengok..petang-petang, waktu anak-anak kakak main basikal..abah duduk luar, bahagian depan rumah, termenung melihat jalan.. sedih kakak tengok, mesti abah termenung ingat kat ummi sebab dulu setiap petang abah dan ummi akan pergi bersama ke kebun Semadung.
ReplyDeletemaklang harap semua cucu2 tokbah dan tokmi menjadi anak soleh dan solehah kerana kamulah yang akan teruskan apapun yang tokmi dan tokbah dah buat. Insya-Allah
ReplyDelete