Pages

Saturday, June 13, 2009

Bagaimana keadaan Abah?

Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana keadaan dan kehidupan ustaz selepas kehilangan ummi....



Abah seorang yang cukup tabah dan kuat. Tapi jelas di raut wajah abah kesedihan dan rasa kehilangan. Abah tidak perlu pengganti ummi. Ada yang cuba mencadangkan agar dicari abah pasangan hidup yang baru....bagiku sebagai anak, mereka yang mencadangkan itu tidak benar-benar memahami abah. Abah dan ummi telah hidup bersama selama 42 tahun. Malah, hubungan hati mereka sejak seebelum abah ke Bagdad lagi. Dalam tempoh ini (sudah cukup sebulan), abah dalam proses penyembuhan hati abah yang kehilangan. Jika berbual dengan abah, dia masih suka bercerita tentang ummi. Sekarang, kulihat abah lebih selesa memandu kereta Myvi Ummi berbanding Volvonya. Malah, abah setiap hari pergi ke MATRI walaupun sekarang cuti semester. Pasti abah rasa lebih dekat dengan Ummi kerana ummi dikebumikan di tanah perkuburan hampir dengan MATRI. Yang mengharukan diriku, selimut yang dibeli ummi untuk abah menjadi barang yang amat berharga bagi abah. Abah bertanyaku, ada amani nampak selimut tebal bunga pink ?. Aku menjawab, tak dak abah. Abah nak selimut? Aku memberi selimut yang ada di dalam almari. Kulihat abah masih mencari-cari selimut yang dikatakan itu. Seharian abah mencari. Bila berjumpa selimut itu, abah berkata, "Selimut ni ummi baru beli kat KL". Baru kuingat, selimut itu ummi beli untuk abah. Abah letak atas bantalnya. Selimut itulah yang dipakai abah setiap malam.

Ramadan ini abah akan pergi Umrah walaupun tanpa ummi. Sehari sebelum ummi tidak sedarkan diri, kami anak beranak..di samping ummi di wad 1. Abah bagitau ummi, tarikh ke Umrah ditunda ke bulan puasa. Ummi menjawab,"Mah (ummi membahasakan diri 'Mah') tak pi, abang pi lah dengan Akram. Akramlah teman abah, na". Kujawab pada ummi," Insya-Allah, ummi boleh pi..dah sembuh dah.". Tapi Ummi tak respon kembali jawapanku itu. Kutahu, walaupun abah berat dan sedih untuk ke Umrah tanpa ummi di sisi, tapi abah tetap pergi sebab ia seolah-olah permintaan ummi. Begitu kuat ikatan cinta abah pada ummi. Seperkara lagi, sebelum ummi meninggal dunia...ummi sering bagitau diriku..bagitau abah dan Akram...bilik library dan dapur rumah ni teruk sangat, penuh dengan anai-anai. Ummi asyik sebut nak renovate bahagian library dan dapur tapi tak sempat. Minggu lepas, abah cuba planning tunaikan amanat ummi..abah lukis plan untuk itu. Kuat hati ini menyatakan... abah cuba sedaya mungkin menunaikan apa yang menjadi permintaan dan amanat ummi. Itulah yang perlu ditanya dan dibantu oleh sahabat-sahabat abah, bukan mencadangkan sesuatu yang mungkin melukakan hati abah, juga hati anak-anak . Masanya tidak sesuai. Aku cukup terkilan bila Acu menceritakan hal itu. Begitu juga dengan mak ummi. Malah airmata ini cukup mudah mengalirkan airmata.



Ramai yang melihat dari luar.. abah dan ummi mempunyai karektor yang cukup berbeza..abah seorang yang sabar, pendiam, dia hanya bercakap sesuatu yang penting...ummi pula agak kurang sabar, ramah, mudah mesra dengan orang walaupun baru berjumpa. Tapi perbezaan itulah pelengkap. Bagiku sebagai anak.. malah anak perempuan tunggal... kehidupan dan ikatan erat suami isteri antara ummi dan abah menjadi contoh utama bagiku, terlalu istimewa hubungan mereka. Abah walaupun nampak serius dan pendiam, tapi bila di samping ummi..dia mampu tersenyum, ketawa (walaupun ketawa kecil) dan berjenaka. Waktu abah marah atau nasihat isterinya, ummi tak pernah menjawab balik...dia hanya diam. Malah, abahlah yang mengajar ummi memasak. Dari kecil hingga setelah kuberkahwin, bila aku ke rumah abah, kulihat abah dan ummi masak bersama terutamanya waktu makan malam. Cukup loving..ummi masak satu jenis, abah satu jenis... Masakan kegemaran abah, ikan goreng cili (cili hidup goreng kering), gulai lemak rebung, ikan bakar. Satu lagi yang paling abah suka, keropok jangat goreng cili. Keropok tu hanya ada di Padang & Sumatera aje (sebab abah asal bukit tinggi, padang, sumatera). Setiap malam, sebelum tidur ummi kena picit dan urut abah. Sekarang, adikku Akram dan cucu-cucu abah (anak-anakku) Aufa, Atfa, Asla dan Ashmal. Anak-anakku masih kecil, jadi abah suruh mereka pijak belakang abah.



Setelah bermesyuarat adik beradik kami berempat, Akram dan isterinya Ayan akan tinggal dengan abah. Tapi Ayan masih mengajar di Tanjung Piandang. Dia akan mohon pertukaran hujung tahun ini. Dalam masa ini, aku dan keluarga berpindah ke rumah abah. Suamiku setiap pagi sebelum ke tempat kerja akan pulang sekejap ke rumah kami di Arau. Hujung minggu aku dan keluarga akan pulang ke rumah di Arau sebab Ayan pula yang mengganti. Ali adik bongsuku yang mengajar di Sabah juga akan mohon berpindah ke Perlis. Hanya abang sulungku yang tinggal jauh di Kuala Lumpur sebab dia dah bermukim di sana, dah beli rumah di sana. Abah kelihatan semakin ceria wajahnya... terutama melihat kerenah anak lelaki ke-4ku, Ahmad Ashmal yang ramah...dan baby boy yang baru 2 bulan..dah pandai senyum dan beri respon bila mengacah.



Babyku tak nak minum susu tepung...macamana ye? Minggu depan dah nak kerja. Opss... dia dah bangun dan merengek...kita sambung esok pulak,k. Wassalam

6 comments:

  1. Assalamualaikum wrwb, masih dan terus terkesan membaca tulisan amani tentang arwah ummi dan keluarga, jazakaullakhukhoiron kathira berkongsi dan memberi peluang utk sama2 merasai dan memahami keadaan sebenarnya insan2 yg dikasihi keluarganya dan sahabat2nya serta anak2 didiknya. Kdg2 ada yg tidak sensitif ttg hal2 tertentu.
    Tentang baby tak nak minum susu tepung cubalah perah susu ibu dan ajar minum dgn sudu,kak dulu ada penglmn juga tapi Allah mudahkan keja 8-4.30 ada masa tghri rehat yg boleh balik susukan baby dan antar rumah pengasuh dekat tmpt kerja. kalau baby nak susu yg diperah, simpan stok dlm fridge.

    Salam mcik sama mcik ena atau mak usu, beliau kah yg amani panggil achu,
    Dari Mcik Anah dari Johor.
    Anak mcik, fatimah, yg masa baby di kelek oleh tgn penuh berkat arwah ummi bersama2 hunainah semasa kami sama2 duduk serumah di kucing sarawak

    ReplyDelete
  2. Jazakillah atas perkongsian dan respon dari semua. Semua ini amat bermakna untuk kami sekeluarga dan ustaz. Ana akan sampaikan salam, ucapan takziah dan cebisan respon kalian pada abah.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Ustaz Dahlan nampak serious dan pendiam. But he's a very loving husband. Jd role model terdekat utk shbt2 semua.

    Semoga Allah membalas jasa adik beradik ustazah, anak2 ustazah dgn ganjaran yg setimpal sebab bertungkus lumus menjaga ustaz kesayangan kami setelah ummi tiada. May Allah bestow His eternal love upon you and your family forever.

    Wassalam.
    Mughirah Shu'bah Mustafa Kamil

    ReplyDelete
  4. salam..
    jazakillah khairan kathira.. maklumat yg amat berguna.. akan cuba dipanjangkan..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    1. Al-Fatihah buat Ummi...

    2. Ustaz memang seorang yang kuat semangat..kami banyak belajar dari ustaz dan Arwah Ummi...terlalu banyak pengalaman bersama Ummi sendiri, baik masa di MATRI sampai lah dah kahwin dan menetap di Perlis...

    3. Memang Ustaz dan MATRI takkan dapat dipisahkan..jiwa Ustaz adalah MATRI...saya pernah sembang dengan Ustaz waktu dah kerja dan cuba sembang tanpa tajuk MATRI, tapi Ustaz takkan dapat pisahkan diri dia dengan MATRI...hanya Allah yang dapat balas jasa Ustaz dan Ummi kepada MATRI dan anak-anak MATRI...

    Salam

    ReplyDelete
  6. kak amani, shaakira perah susu simpan dlm freezer buat stok untuk baby.. stok tu tahan 3bulan, insya'Allah... sekarang shaakira dah kerja 3 minggu, hari2 kat ofis pam susu setiap 2jam... susu yg perah hr ni, simpan utk stok esok harinya... nursery anak dkt ngn ofis, waktu lunch gi nyusu dia.. kak amani kena start pam susu skrg la.. isnin ni dh keja kan..
    lagi 1, shaakira bg guna botol 'wide neck'... puting wide neck lebih kurang sama dgn 'b' ibu...
    tima kasih kak amani kongsi cerita ttg Ummi dgn kami... Kami rindu sgt kat Ummi, mesti kak amani lagi2 merasainya kan...

    ReplyDelete