Blog ini mengambil nama sempena nama ummi memuatkan kenangan bersama ummi dan abah, tazkirah dan pengalaman hidup dan bahan-bahan untuk dikongsikan bersama
Wednesday, August 25, 2010
Abah sedang berjuang..
Hari ini, 17 hari abah di CCU. Tadi pukul 8.30, Akram adikku telefon, doktor pakar nak jumpa waris. Ya Allah..waktu itu berdegup kencang jantungku..apa yang berlaku pada abah?. Anakku yang kecil, Audad atas ribaku...semalam dia demam kuat. Kukuatkan hati, menyerahkan Audad pada suamiku..segera kubersiap untuk ke hospital. Bila kusampai, Akram beritahu dia dah jumpa doktor Pakar..terangkan keadaan yang terkini tentang abah... ringkasan kata doktor, abah masih dalam koma..walaupun kadang-kadang, dia macam respon dengan suara terutama suara anak-anak dan isteri, tapi tidak konsisten. Jantung abah pula masih disupport dengan ubat. Kemudian, abah ada jangkitan kuman...dah tukar antibiotik kepada yang lebih kuat. Pernafasan masih dengan bantuan mesin. Setelah Akram memberitahu keadaan abah, kubisikkan dalam hati.. setiap detik, setiap masa..aku perlu makin tabah dan kuat semangat. Terngiang di telinga kata-kata seorang teman rapat abah dari KL semalam yang datang menziarahi abah.. ramai orang yang berjuang untuk Islam diuji dengan sakit kuat. Kita lihat sebagai ujian Allah, sebenarnya ia pilihan Allah kerana Allah kasih.., kesakitan itu kafarah , pembersih dosa-dosa. Orang yang dikasihi Allah ini.. dalam hidupnya sering berhadapan dengan sakit, bila sembuh.. dia bangun berjuang kembali, seolah Allah membersih dosa-dosa terdahulu. Kata teman abah lagi, kalaupun ia suatu penamat...Allah bersihkan dosa-dosanya sebelum kembali padaNya. Ya Allah..kata-kata teman abah cukup berbekas di hatiku. Memang dalam hidup abah, abah sering berhadapan dengan sakit kuat..ada ketika hingga langsung tidak boleh bergerak. Ada ketika, hanya kalimah Allah yang keluar dari mulut abah.. tapi kali ini..abah terbaring dan koma. Kata-kata teman abah itu mampu memujukku dalam diam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment