Blog ini mengambil nama sempena nama ummi memuatkan kenangan bersama ummi dan abah, tazkirah dan pengalaman hidup dan bahan-bahan untuk dikongsikan bersama
Thursday, March 18, 2010
Kongsikan bahan ilmu untuk semua
Baru-baru ini komputerku rosak. Ya Allah..banyak bahan-bahan pengajaran dan bahan master yang hilang bersama-sama. Sedih kufikirkan tentang itu. Kukongsi dengan seorang teman, dia mencadangkan padaku agar menyimpan bahan-bahan p&p dalam email atau blog. Katanya kalau bahan itu disimpan dalam blog, boleh dikongsi dengan semua orang yang mungkin memerlukan. Bahan-bahan pengajaran banyak yang berkaitan dengan bidangku iaitu bidang pendidikan B.Arab. Ada karangan, nota qawaid, balaghah, bahan tazkirah, ebook, doa-doa amalan rasulullah, dan bila dah bertugas di institut perguruan, skop pengajaranku juga makin luas...pendidikan bahasa arab, tamadun Islam dan Asia, pendidikan moral, penyelidikan, pendidikan Islam dan sebagainya. Insya-Allah, dari masa kesemasa akan kuuploadkan dalam blog yang baru. Blog ini tak sesuai dimasukkan bahan-bahan tersebut kerana blog ini lebih kepada luahan hati dan coretan rasa dan pengalaman. Kubina blog http://enotapelajar.blogspot.com/ khusus untuk bahan-bahan dan nota-nota pengajaran khusus untuk pelajar. Moga ia dapat dikongsi bersama dan mendapat keberkatan Allah. Insya-Allah. Amin.
Labels:
Cebisan kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment